COFFEUR KUALA LIPIS
Apa-apa saja air berasaskan kopi memang menjadi kegemaran Cie. Bila dengar je ada kedai kopi baru buka terus la kita cuba. Harganya agak pricey jadinya jarang-jarang boleh la minum. Hihi.
Kena order di kaunter dan boleh tunggu ada kerusi disediakan untuk ruang menunggu. Meja makan pun ada kat situ. Depan coffeur ni ada gerai-gerai macam food court la konsepnya.
Yang untungnya pembelian kat Coffeur Kuala Lipis ni ada Loyalty Card. Kalau beli 1 minuman dapat 1 cop dan kalau dah complete semuanya nanti boleh redeem free drink. Beli 3 air dapat la 3 cop.
Kami order 3 je air berlainan jenis boleh la rasa sikit sorang. Caramel Macchiato, Hazelnut Latte, Chocolate. Rasa coffee kat sini bagi Cie ok jela. Dari segi rasa maybe Cie boleh bagi 4/5.
Rasa ni subjektif. Setiap orang tak sama selera dan citarasa. Mungkin bagi kita sedap, tapi bagi selera orang lain tak sedap. Begitulah sebaliknya.
Take away je boleh minum dalam kereta. Masa kami beli tu gerai makanan kat situ masih belum dibuka. Sekarang ni buka dah macam-macam menu ada laksa, mee kari, bakso, pisang goreng, keropok lekor dan macam-macam lagi la.
Lokasi Coffeur Kuala Lipis ni terletak di Lipis Centrepoint. Berdekatan dengan lif dan Klinik Chung. Kedai ni hanya ditutup hari Jumaat. Dibuka seawal 7.00 pagi dan tutup 10 malam.
No comments:
Post a Comment