Nisfu Sya'ban 1444H - BLOG ROZIAH MUHAMMAD NOR

Tuesday 7 March 2023

Nisfu Sya'ban 1444H

 MALAM NISFU SYA'BAN 1444H | KELEBIHAN DAN ANTARA AMALAN SUNAT YANG BOLEH DILAKUKAN

Bulan Sya'ban merupakan antara bulan yang paling mulia dan istimewa sebelum masuknya bulan Ramadhan. Antara malam yang sangat ditunggu-tunggu oleh seluruh umat Islam ialah malam Nisfu Sya'ban.

Nisfu Sya'ban

Mengikut kalendar Hijrah, malam Nisfu Sya'ban jatuh pada hari ke 15 atau pertengahan bulan Sya'ban. Pada tahun 2023 ini, tarikh Nisfu Sya'ban jatuh pada 7 Mac 2023 hari Selasa sebaik sahaja masuk waktu Maghrib.

Tiada hadis yang menetapkan amalan khusus yang boleh dilakukan pada malam Nisfu Sya'ban. Namun begitu kita boleh mengambil peluang yang diberikan oleh Allah SWT untuk melakukan amal ibadat sebanyaknya.

Didalam sebuah hadis yang diriwayatkan daripada Abdullah bin Amr RA bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda: "Allah SWT melihat pada malam Nisfu Sya'ban kemudian mengampunkan hamba-Nya kecuali dua golongan iaitu orang yang bermusuhan dan orang yang membunuh diri". (Hadis Riwayat Ahmad).

6 AMALAN YANG BOLEH DILAKUKAN PADA MALAM NISFU SYA'BAN

Terdapat 6 amalan yang boleh dilakukan pada malam Nisfu Sya'ban yang dikongsikan oleh Ustazah Asma Harun. Amalan-amala ini disarankan oleh para ulama bagi menghidupkan malam yang penuh barakah ini.

  1. Mendirikan solat sunat mutlak
  2. Memperbanyakkan doa dan munajat
  3. Menghidupkan malam dengan memperbanyakkan bacaan Al-Quran
  4. Memperbanyakkan istighfar kepada Allah
  5. Banyakkan selawat
  6. Memohon maaf dan memberi kemaafan
Semoga segala dosa kita diampunkan dan segala amalan kita diterima. Dikesempatan ini Cie ingin memohon ampun dan maaf tak kira kepada sesiapa pun jikalau ada Cie mengguris hati, tersilap tutur kata, terkasan bahasa dan sebagainya. Cie juga telah memaafkan sesiapa sahaja.


2 comments: