Resepi Semperit Susu - BLOG ROZIAH MUHAMMAD NOR

Sunday 3 August 2014

Resepi Semperit Susu

RESEPI | SEMPERIT SUSU 




Alhamdulillah berlalu dah Ramadhan kini Syawal menjelma pula. Baru hari nih berkesempatan nak update resepi semperit susu yang tengah hot sekarang nih. Pelbagai versi. Pelbagai cara buat. Pelbagai jenis bahan-bahan.

Tapi hasil yang lebih kurang. Jom tengok cara buat yang sangat senang. Sebab tuh i buat. Tak perlu pakai mixer pun just kacau-kacau je guna senduk kayu.

Jom tengok bahan-bahan dan cara buat.

Bahan-bahan Semperit Susu


250 gm butter (marjerin pun boleh guna)
500 gm tepung jagung (i guna brand NONA)
1/2 tin susu pekat (i guna susu pekat F&N)
Coklat Chip (untuk hiasan. Boleh jugak guna ceri/coklat rice)
Pewarna pink dan kuning (ikut citarasa nak guna pewarna apa pun ye)


Cara Membuat Semperit Susu

Masukkan butter, susu pekat. Kacau sebati.

Dah sebati tuh masukkan pulak tepung jagung. Kacau rata kemudian uli hingga sebati dan lembut boleh ditekan didalam acuan semperit.

Guna acuan macam dalam gambar tuh. Untuk nampak cantik asingkan adunan kemudian letak pewarna. Macam i guna 2 pewarna je. Pastu masukkan doh yang dah dicampur warna tadi kemudian tekan je dalam dulang pembakar. Hias dengan coklat chip. Kalau ceri pun boleh potong kecil-kecil. Ikut la kreativiti u ols ye. Pastu bakar je hingga masak. Jangan terhangus pulak ye. Hihi. Macam i terhangus sikit aritu. Kalau oven u ols memang ada control suhu ok la. Macam oven i guna uncontrol so pandai2 jela agak kalau dah masak angkat jela.

Ini lah hasilnya. Kali pertama buat ok la kan menjadi jugak. Yang penting sedap dan sangat senang nak buat. Tak perlu pakai mixer pun. Kacau je dalam bekas pastu uli. Selesai.

Selamat mencuba ^_^

No comments:

Post a Comment