DUTY FREE ZONE | PULAU PANGKOR
Pulau Pangkor diisytiharkan sebagai Pulau Bebas Cukai (Free Duty Zone) pada 1 Januari 2020. So dah tak perlu pergi ke Pulau Langkawi dah kalau nak membeli coklat, pinggan mangkuk, minyak, wangi. Semua dah ada di Pulau Pangkor Bebas Cukai.
Tu yang Cie sangat teruja nak pergi Bercuti di Pulau Pangkor sebab nak beli pinggan mangkuk. Hihihi. Selain tu nak beli juga coklat yang murah dan ada coklat yang takde pun kat tempat kita.
Walaupun Pulau Pangkor ni sebuah pulau yang kecil je tapi banyak juga kedai-kedai menjual barangan bebas cukai ni. Di tepi jeti, kedai-kedai tepi jalan dan juga di lobi hotel Coral Bay Resort. Ada signage free duty kat setiap kedai.
Sebelum membeli Cie survey juga beberapa kedai pinggan mangkuk tu. Selepas check out baru la Cie singgah membeli pinggan mangkuk selepas dah masuk beberapa kedai untuk survey pada hari pertama sampai di Pulau Pangkor.
CK Duty Free Zone ni terletak di lobi Coral Bay Resort |
Kedai ni paling murah jual pinggan mangkuk. Boleh search Coco Valley |
Dinner set ni la yang Cie beli |
Ada 72pcs semuanya. Kotak memang berat. Terpaksa beli troli pulak |
CK Duty Free Zone
Kedai ni terletak di lobi Coral Bay Resort tu je. Senang la kalau nak shopping coklat tu. Cie beli coklat sikit dan sudu. Sudu memang sangat cantik sampai rambang mata nak memilih. Bila dah balik baru menyesal beli sikit je. Pinggan mangkuk dia tak banyak pilihan dan mahal sikit. Kuali pun ada kat sini.
Coco Valley
Kedai ni tepi jalan je berdekatan dengan Pantai Pasir Bogak. Kalau dari jeti sebelum Pasir Bogak sebelah kanan. Cie beli pinggan mangkuk dan backpack kat sini. Dinner Set tu RM254 dan kos troli RM29.90. Husband belanja hadiah birthday katanya. Lambat lagi birthday pun. Hahaha. Cie beli backpack RM59.90.
2 kedai ni jela yang Cie paling ingat. Banyak lagi kedai lain kami masuk. Ada yang terbeli, ada kedai kami masuk tengok je.
Pinggan set tu Cie tengok harga kat shopee dalam RM400-600 jugak. So berbaloi la bawa dari Pangkor tu. Hihihi. Total beli coklat dalam RM262.20 kat beberapa kedai. Main masuk je dan beli. Harga taktau la mahal ke murah. Kami tak fokus beli kat 1 kedai je. Sudu tu dalam RM39.20.
Tengok harga kat shopee belum masuk postage tu. Kalau kedai taktau la berapa harga |
Cantik bunganya |
Cie berkenan dinner set yang lain tapi takde stok. Tinggal yang display saja so tak jadi ambil yang tu. Bila tanya corak yang ni ada terus ambil jela. Bunga timbul cantik.
Tak banyak pun shopping sebab takut kena cukai. Ada baca dan dengar orang tempatan kata kena stay 48 jam kat Pangkor baru la tak kena cukai. Kami hari tu stay 24 jam je. Tapi alhamdulillah tak kena pun.
Next time la boleh beli benda lain pula memandangkan dekat je nak ke sana tu berbanding nak ke Pulau Langkawi tu. Kos keseluruhan termasuk minyak dan tol lebih kurang RM1500.
No comments:
Post a Comment