TAMAN NEGARA PAHANG | SUNGAI RELAU MERAPOH
Cuti Hol Negeri Pahang 22 Mei 2023 yang lepas Cie sempat berkunjung ke Top Tree Walk Taman Negara Pahang yang terletak di Sungai Relau Merapoh dalam daerah Lipis juga la. Tree Top Walk merupakan tarikan baru di Taman Negara Pahang Sungai Relau.
Baru sekarang sempat nak share punya la busy. Hahaha. Tapi sempat lagi kalau sesiapa nak masuk percuma lagi.
Mulai 1 April 2023 hingga 30 September 2023 masuk adalah PERCUMA. Selepas tarikh itu bayaran masuk akan dikenakan. Kalau tak silap Cie sekarang pun sudah dikenakan bayaran permit untuk masuk RM1 dan RM5 bayaran untuk kamera atau handphone nak ambil gambar. Masih mampu la nak bayar untuk masuk.
Pengalaman Cie melalui Top Tree Walk Taman Negara Pahang tu takdela gayat pun. Jambatan besi tak goyang pun. Jalan je macam biasa. Ada la part yang tinggi tu tapinya kalau takut jangan pandang bawah jela. Jalan je macam biasa.
Cie lalu semua menara tu sampai yang atas sekali. Begambar untuk kenangan lepas tu turun semula. Orang lain pulak nak naik. Tak boleh naik ramai-ramai pun.
|
Nak dapatkan permit kat sini dulu sebelum nak naik Tree Top Walk |
|
Baru naik je terus oot oot. Haha |
|
Kalau suka fotografi, suka kehijauan macam ni boleh la datang ke sini |
|
Tak ingat ni menara yang ke berapa |
|
Ni menara paling tinggi |
|
Ni yang bawah lagi |
|
Paling tinggi 32m |
|
Cantik sangat view |
|
Nak jugak photo bomb kat belakang tu |
|
Ni masa dah turun |
|
Ada sungai jugak tepi tu boleh la mandi manda |
|
Kita oot oot jela malas nak turun sungai |
|
Sebelum balik boleh la begambar kenangan kat sini |
|
Tengah panas pun lantak. Hahaha |
Tamat dah perjalanan menaiki Tree Top Walk Taman Negara Pahang di Sungai Relau Merapoh. Lebih kurang sejam je kot naik dan turun. Lupa dah.
Takde trek yang mencabar pun. Untuk brisk walk, excercise kaki boleh la naik ke sini. Make sure pakai kasut ye. Kalau tak berkasut tak dibenarkan untuk naik.
Bawak family time cuti memang seronok juga bawak anak-anak meneroka keindahan alam ciptaan Allah. Ada tumbuhan yang kita tak pernah tengok. Ada burung-burung, rama-rama yang terbang bebas dan sangat cantik semuanya.
Kat Sungai Relau ni pun ada Santuary Kelah. Nak naik ke situ ada bayaran RM20 sekepala dan bayaran tour guide RM100 untuk 1 hilux. Agak pricey jugak la untuk kami yang ramai jugak hari tu. Mesti kena naik 2 atau 3 hilux.
So husband and the gang decide nak ke Dabong. Macam tak berbaloi pulak semata-mata nak bagi makan kelah, main dengan kelah. Ada berborak dengan pakcik dan makcik penduduk tempatan situ kata mereka kalau ada bawak makanan kat area sungai bawah tu pun ada kelah kecil jela katanya.
Tapi kami tak turun pun ke sungai. Cie pulak jenis geli nak pegang ikan hidup. Hahaha. Jadinya takde keinginan pun nak bermain dengan kelah tu. Kalau bagi makan kelah i like ikan mahal tu. Sisik pun boleh makan.
No comments:
Post a Comment