Bubur Nasi Berlauk - BLOG ROZIAH @ CIE

Sunday 31 December 2023

Bubur Nasi Berlauk

 Bubur Nasi Berlauk Homemade

Bubur Nasi Berlauk

Cie suka makan bubur nasi. Bila teringin nak makan je mesti buat sendiri. Kat kedai ada je jual nasi air. Buat sendiri ni suka hati je nak buat lauk apa pun yang bersesuaian. Cie paling suka Bubur Nasi Sentosa kat Johor dan nasi air di Temerloh.

Dulu masa belajar kat Johor memang suka makan Bubur Nasi Sentosa tu. Sanggup datang dari Pasir Gudang ke Johor Bharu nak makan bubur nasi tu. Nasi air Temerloh masa duduk Jengka dulu memang kerap la ke Temerloh makan nasi air.


Bubur Nasi Berlauk

Kalau masak sendiri ni kita bantai jela kan asalkan bubur nasi berlauk. Lauk apa nak letak pun terpulang kat kita. Cie selalu buat sup ayam, kangkung goreng, sambal ikan bilis goreng, telur masin, daun sup, bawang goreng dan limau kasturi

Bubur Nasi

Bubur Nasi Berlauk

Cie buat 1 1/2 cawan beras. Air kena banyak. Cie buat jenis yang bubur nasi pekat sebab nanti makan dengan kuah sup. Sukatan air boleh agak-agak je. Mula-mula letak dalam 3 cawan air, lepas tu tambah lagi kuah sup, lepas tu tambah lagi air dalam 1-2 cawan sampai dapat tekstur yang kita nak.

Sup Ayam

Bubur Nasi Berlauk

Sup ayam simple je. Tumis bawang putih blend, bawang besar blend, halia blend. Memang bahan-bahan blend ni buat stok dalam fridge senang nak masak. Masukkan ayam, letak air lebih sikit sebab nanti nak masak bubur guna air sup. Biarkan je mendidih sampai ayam masak. Masukkan garam dan bahan perasa yang bersesuaian.

Sambal Ikan Bilis Goreng

Bubur Nasi Berlauk

Guna 4 bahan je buat sambal ikan bilis goreng ni. Ikan bilis, bawang besar dan cili padi. Semua ni tumbuk je. Lepas tu goreng guna minyak macam biasa sampai garing sikit. Nanti minyak lebihan tu buat goreng kangkung pulak. Mudah je cara kita masak. Hihihi

Kangkung Goreng

Bubur Nasi Berlauk

Guna je minyak goreng sambal bilis tadi. Tumiskan bawang putih dan bawang besar blend. Masukkan kangkung. Kacau sampai kangkung tu layu, masukkan bahan perisa. Cie letak sikit sambal belacan masa tumis tu. Sambal belacan pun memang buat stok dalam fridge. Jadi la kangkung belacan.

Telur Masin

Bubur Nasi Berlauk

Telur masin ni memang wajib ada kalau makan bubur nasi berlauk. Kalau takde memang tak lengkap la. Beli barang dapur tadi pun lupa jugak nak beli. Masa husband keluar petang tadi mintak dia belikan. Hah baru la lengkap bubur nasi berlauk kalau ada telur masin.

Bahan Lain Bubur Nasi Berlauk

Bubur Nasi Berlauk

Bahan tambahan ni sebagai pelengkap la bubur nasi berlauk kita. Kalau takde macam something missing la. Bila ada tu baru la nikmat tak terkata setiap suapan. Bawang goreng tu Cie buat sendiri. Memang sedap makan rangup je. Daun sup dan limau kasturi penambah sedap dalam bubur nasi berlauk.

Alhamdulillah licin bubur nasi berlauk hidangan untuk family di malam tahun baru. 

6 comments:

  1. Ini kalau buat bubur kat rumah mengulang makan je kerjanya. Bubur cepat kenyang dan cepat lapar juga. Nikmat dapat makan banyak lauknya.

    ReplyDelete
  2. Syedappnya bubur berlauk camni...nanti nak buat la utk ank2 pn mesti suka

    ReplyDelete
  3. Saya baru tahu bubur nasi berlauk ini kak. Sebenernya bubur nasi pun ada di sini, tapi kan biasa lauk ayam saja. Atau model Chinese porridge.

    Lihat lauk di atas, saya dah yakin ini pasti enaaak 😍😍👍. Jadi di Johor juga ada yaa... 2024 Juni atau Juli nanti insyaallah nak ke JB soalnya. Semoga saya bisa coba juga bubur nasi ini 😍

    ReplyDelete
    Replies
    1. nanti cari bubur nasi sentosa JB memang sedap

      Delete
  4. Sedapnya. Tini memang suka makan bubur nasi berlauk. Yummeh. surrrr giler. Dulu masa belajo kat utagha tanahair, dok selalu order moi, lebih kurang macam bubur nasi tapi version lebih lembut dan butir nasi sampai tak kelihatan kadang-kadang tu. Sodap baitu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sedap kan bubur berlauk. tak cukup kalau makan sikit. hihihh

      Delete