Buka Jahitan MOS Gigi Geraham Bongsu - BLOG ROZIAH MUHAMMAD NOR

Tuesday 30 January 2024

Buka Jahitan MOS Gigi Geraham Bongsu

 Minor Oral Surgery Gigi Geraham Bongsu

Buka Jahitan MOS Gigi Geraham Bongsu

Pagi tadi Cie ada appointment untuk review post MOS kat Jabatan Bedah Mulut. Setelah seminggu selepas minor oral surgery gigi geraham bongsu ni. Cie ke JBM 10.30 pagi. Macam biasa la daftar kat kaunter hasil hospital dulu.


Kebosanan juga nak menunggu. Mujur la ada tv disediakan. Kebetulan pula ada siaran langsung istiadat berangkat pulang Agong. Dapat la tengok Agong kesayangan ramai tu berpimpinan tangan dengan Permaisuri. Sweet sungguh pasangan diraja ni.


11.30 pagi nama Cie dipanggil oleh Dr Amsa. Memang Dr Amsa ni pegang kes Cie ni dari mula-mula lagi. Baik sangat Dr Amsa ni. Sangat lembut dan berhati-hati je dia jalankan prosedur. Sikit-sikit dia usap bahu takut Cie sakit. Padahal tak sakit pun.


Mula-mula masuk bilik rawatan tu Dr Amsa tanya ada rasa sakit tak, sihat tak hari ni, ubat ada lagi tak, ubat kumur ada lagi ke tak. Dia tanya lagi ubat tahan sakit masih makan ke. Cie kata 1st day je makan lepas tu tak dah tak sakit pun. Bangga tau cakap kat Dr Amsa. Acah-acah kuat la. Hahahah


Dr Amsa check rahang kedua belah. Dr Amsa kata ada sikit lagi bengkak ni takde apa-apa. Nanti akan surut juga. Lepas tu Dr Amsa suruh Cie nganga paling luas. So overall ok dia kata takde apa-apa. Dalam mulut pun ok.


Lepas dia check semua ok tu terus la Dr Amsa nak mula buka jahitan MOS gigi geraham bongsu Cie. Masa buka tu Dr Amsa kata tahan sikit ye. Siap usap bahu. Risau sangat dia takut Cie sakit. Ada assistant tolong pegang tools apa entah kat mulut Cie. Sambil Dr Amsa buka jahitan.


Tak sampai 5 minit pun buka jahitan tu. Sekejap sangat. Takde rasa sakit pun. Tau-tau je eh dah siap. Dah boleh bangun.


Dr Amsa kata dah tak perlu datang lagi semua dah ok. Cuma kalau ada rasa sakit, bengkak dan apa-apa masalah boleh terus datang ke JBM.


Buka Jahitan MOS Gigi Geraham Bongsu


Alhamdulillah berakhir dah episod gigi geraham bongsu ni. Semoga gigi yang tinggal ni baik-baik jela ye. Penat dah mengadap. Hihi.

10 comments:

  1. Alhamdulillah.. semoga baik² aja lepas ni

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah.
    Cerita bab gigi ni tak boleh lupa episod ngangakan mulut entah berapa lama!

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye memang lama. mujur ada dia letak alat untuk penahan kat gigi tu takdela kita tertutup mulut masa operation tu.

      Delete
  3. Syafakallah.
    Sakit gigi adalah sakit yang penuh penderitaan gittewww....

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah . Semua baik-baik saja ..dah boleh kunyah makanan macam biasa lepas ni

    ReplyDelete