Lion King Cafe Kuala Lipis - BLOG ROZIAH @ CIE

Saturday 6 January 2024

Lion King Cafe Kuala Lipis

 Minum Petang di Lion King Centrepoint

Lion King Cafe Kuala Lipis

Balik dari hantar laptop kat Imika tadi pusing-pusing la cari kedai kopi. Ingatkan nak beli Kopi Gantung Perlis tapinya tutup. Banyak kali dah tengok tutup. Maybe dah tak buka kot. Rugi la kopi tu sedap cuma lokasinya tu jela macam jauh sikit dari bandar Lipis.


Pusing pulak ke Desa Mall ingatkan nak beli aiskrim, tak jual jugak dah. Aiskrim dia pun sedap je tapi entahla kenapa tak jual dah. Malas nak beli aiskrim kat Family Mart sentiasa ramai orang.


Saja jela ajak husband pusing kat Lipis Centrepoint tengok Lion King Cafe tu. Selalunya situ pun asyik tutup. Rezeki hari ni buka pulak so singgah la beli air kejap. Ibu macam biasa la Caramel Macchiato. Anak-anak nak Mango. Lepas tu tengok ada jual fries beli jugak la. Fries tu ada macam-macam flavour jugak kami ambik cheese.


Lion King Cafe Kuala Lipis
ibu punya rm8 caramel macchiato


Lion King Cafe Kuala Lipis
fries cheese rm5


Lion King Cafe Kuala Lipis
manggo anak-anak punya rm8

Boleh juga kalau nak add boba atau topping yang lain. Ada tambahan bayaran la kalau nak add on. Kami tak add on pun sebab tak makan sangat pun boba. Add on whipped cream je untuk anak-anak tu.


Kedai ni lama dah. Asalnya dulu owner ni buka butik baju. Lepas tu macam tak laku sangat. Dia buka sebelah butik, sebelah kedai Lion King ni. Lama-lama tutup sepenuhnya dah butik tu. Dia buka kedai air ni je. Air ni sedap. Owner dia umur dalam 50-60an kot. 


Sekarang ni suami dia buat fries tu. Dia pulak buat air. Memang takde pembantu. Selalunya lambat dapat air terlalu ramai orang order. Dia pulak buat air dengan penuh teliti. Masa kami datang tadi takde orang lain order so dapat la cepat sikit.


Dah siap air kita tu mesti dia selalu pesan nanti kalau nak manis ke kurang manis bagitau la. Ayat sama je dia ulang. Hihihi. Dulu-dulu harganya kalau tak silap rm5. Lama-lama dah naik harga. Tapi orang still beli sebab sedap.


Lion King Cafe Kuala Lipis
banyak flavour semua blended boleh add on apa yang kita nak


12 comments: