Sambal Telur - BLOG ROZIAH @ CIE

Sunday 21 January 2024

Sambal Telur

 Resipi Sambal Telur

Sambal telur


Menu sambal telur ni memang kegemaran anak-anak. Kalau masak sambal telur ni memang bertambah-tambah 3 beranak tu makan termasuk babahnya. Ibu jela jenis makan tak tambah nasi dah.


Menu paling mudah nak sediakan. Bahan-bahan sambal telur ni pun mudah je. Simple tapi sedap. Kalau ada petai pun boleh letak sedap jugak. Cie pernah share kat reels Sambal Telur Petai.

Bahan-bahan Sambal Telur

3 biji telur ayam
1/2 biji bawang besar hiris
1 sudu besar bawang putih blend
1 sudu besar bawang besar blend
2 sudu cili kering blend
2 sudu sos cili
2 sudu sos tomato
sedikit minyak
air
gula pasir
bahan perasa

Cara Membuat Sambal Telur

  1. Panasan sedikit minyak kemudian masukkan bawang putih, bawang besar dan cili kering. Tumiskan hingga pecah minyak dan garing. 
  2. Masukkan 1/2 cawan air dan biarkan hingga kering sedikit dan bahan tumisan betul-betul masak.
  3. Masukkan sos cili, sos tomato, air, gula dan bahan perasa. Biarkan mendidih dan masukkan bawang besar. Kacau seketika.
  4. Bila kuah dah pekat boleh masukkan telur. Pecahkan telur dan masuk satu persatu.
  5. Tutup kuali dengan penutup supaya telur cepat masak. Perlahankan api.
  6. Bila agak-agak telur tu dah masak boleh tutup api. Siap.

Cie suka telur kuning cair-cair je. Jadinya kena selalu buka penutup untuk pastikan telur kuning tu tak overcooked. 

Untuk menu dinner malam tadi Cie buat jugak Ikan Bilis Goreng Tempoyak. Versi takde petai la. Kalau ada petai lagi best,

ikan bilis goreng kicap tempoyak


Hujung minggu kalau rajin masak la special sikit, kalau malas memang masak yang simple je. Kalau malas kuasa dua makan kat kedai jela. Hihihi. Cuma kalau jemu makan kat kedai kena jugak masak.


menu dinner


10 comments:

  1. Tertarik tengok Pinggan Pemakanan SIhat tu

    ReplyDelete
  2. Sedap ni, sy panggil Sambal Telur Pecah. Tapi dah dewasa baru jumpa lauk ni. Dulu2 mak akan goreng atau rebus telur berasingan sebelum masuk dalam sambal. Bila dah makan yang pecah dalam sambal, baru tau lagi sedap 😋

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah sama la. dulu2 telur mata tu goreng dulu. atau telur rebus goreng lepas tu baru buat sambal.

      Delete
  3. Menu simple macam nilah buat bertambah-tambah nasi. 🤭

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu. anak2 dan suami je menambah. maknya kena control. hahaha

      Delete
  4. simple dan sedap!! tq sbb sudi singgah dan drop komen kat my lil blog. ni MZ buat kunjungan balas gitew

    ReplyDelete
  5. saya teringin nak makan telur sambal tapi bila dah goreng telur tu selalu auto malas sebab mkn dgn nasi gitu je pun dah sedap. hahahaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. yang ni terus pecah dalam sambal. bukan goreng telur mata dulu.

      Delete