Restoran Nasi Mok Su Nab Bangi - BLOG ROZIAH MUHAMMAD NOR

Friday 1 March 2024

Restoran Nasi Mok Su Nab Bangi

 Kedai Makan di Bangi

Restoran Nasi Mok Su Nab Bangi


Selepas je check out dari Oyo Hotel Arina Bangi kami terus cari kedai untuk breakfast sebelum nak shopping baju raya kat Bangi Sentral. Kebetulan Restoran Nasi Mok Su Nab Bangi ni berdepan je dengan Bangi Sentral tu. Tengok ramai orang mesti sedap.


Tahun lepas kami datang Bangi Sentral ni dah tengahari so susah nak mencari parking orang ramai sangat. So tahun ni tukar plan stay kat Bangi je. Awal pagi dah boleh terjah Bangi Sentral. Tu yang kena sarapan siap-siap selesa sikit nak masuk semua butik.


Masuk je Restoran Nasi Mok Su Nab Bangi ni memang full house. Mujur ada 1 meja kosong berdepan je dengan kaunter air dan kaunter roti. Cie duduk dulu. Husband dan anak-anak je beratur pilih makanan. Air dan roti je order kat meja. 


Restoran Nasi Mok Su Nab Bangi
Husband order roti arab


Restoran Nasi Mok Su Nab Bangi
Ada macam-macam jenis roti


Restoran Nasi Mok Su Nab Bangi
Kakak Raisha makan nasi lemak ayam


Restoran Nasi Mok Su Nab Bangi
Adik Rania nasi lemak telur


Ibu tak order makan pun sebabnya nasi lemak anak-anak tu tak habis pun. Ibu la yang tukang habiskan. Sedap jugak makanan kat sini patut la penuh orang makan.


Cuma tak selesa masa makan ramai betul penjual datang meja ke meja. Jual tisu la, jual makanan kering la. Rasanya bukan orang Malaysia. Lelaki dan perempuan tua-tua silih berganti je. Masa kami dah habis makan keluar je kedai nampak penjual ni duk bawah pokok.

4 comments:

  1. sedapnye nasi dan roti tu...

    ReplyDelete
  2. Yup, benda yang annoying bila siap ada ramai penjual dan kadang tu minta sedekah sambil paksa2 kita. Kami selalu tapau aje dari sini, sedap yakmat

    ReplyDelete
  3. Sama ah kita jarang nak order makann sebab ending kita yg perabih makanan anak2 huhuu..
    hurmm betul kadang2 tak selesa juga bila org dtg menjual sedng kita tgh makan..

    ReplyDelete
  4. Nasi lemak tuh, 😍😍😍😍😍 , dah rindu makan nasi lemak 🤣😁.

    Kalo disana penjual masuk tak henti, kalo di sini pengamen (yang nyanyi2 itu kak).

    Kalo suara bagus, saya tak masalah, tapi terkadang dah lah suara cempreng. Trus bukan cuma 1. Berganti2. Kan susah nak menikmati makan.

    Saya catat dulu restoran ini. July nanti nak ke Malaysia lagi, semoga bisa mampir.

    ReplyDelete