Pengumuman Keputusan UPKK 2023 - BLOG ROZIAH MUHAMMAD NOR

Thursday 25 April 2024

Pengumuman Keputusan UPKK 2023

 8A UPKK 2023

Alhamdulillah syukur 18 April 2024 keluar dah keputusan Ujian Penilaian Kelas KAFA 2023. Terjawab dah segala debaran selama ni. Alhamdulillah syukur juga kakak Raisha berjaya memperolehi keputusan cemerlang 8A. Tahniah anak ibu.

Pengumuman Keputusan UPKK 2023



Pengumuman Keputusan UPKK 2023
dapat sijil penghargaan, wang tunai rm300 dari JAIP dan bunga dari sekolah KAFA


16 April ustazah KAFA share dalam group surat jemputan untuk hadir ke majlis pengumuman keputusan UPKK di Temerloh. Ibu tengok ada nama kakak dan 4 orang lagi kawannya. Ustazah pun ada cakap 5 orang calon terbaik UPKK Negeri Pahang dari sekolah KAFA mereka. Mula-mula ustazah cakap kakak Raisha wakil pelajar perempuan dan seorang lagi wakil pelajar lelaki saja yang akan hadir ke majlis tu. Ibu fikir maybe ustazah je akan bawa. Majlis tu di Temerloh.


Pengumuman Keputusan UPKK 2023
5 orang dari sekolah kakak Raisha menjadi pelajar terbaik UPKK Negeri Pahang 2023


Tiba-tiba tak lama lepas tu ustazah cakap semua kena pergi dan JAIP keluarkan surat jemput ibu bapa sekali. Bincang-bincang dengan babah dan kami decide untuk hadir ke majlis tersebut. Kalau ikutkan babah kena kerja ke Kuantan dari Khamis hingga Ahad. Ibu cakap sekali je dah lepas ni takde dah kakak nak naik stage. Dan ini juga peluang kakak diraikan peringkat negeri Pahang pulak tu. Babah pun tukar la dengan kawan dia dan kami cuti la 18hb tu untuk ke Temerloh. 


Pengumuman Keputusan UPKK 2023



PELAJAR TERBAIK UPKK 2023 PERINGKAT NEGERI PAHANG

Alhamdulillah syukur sangat rezeki kakak terpilih antara 20 orang pelajar terbaik UPKK 2023 Negeri Pahang. Ibu rasa bangga dengan kakak. Kakak berjaya dengan usaha kakak dan dengan bantuan ustazah-ustazah KAFA yang tak pernah kenal erti penat dan jemu mengajar anak-anak. Ustazah-ustazah korbankan masa mereka dengan buat kelas setiap hari. Waktu malam dan hujung minggu. Sampaikan ibu risau tengok kakak takut stress banyak sangat belajar. Tapi kat rumah ibu tak paksa dah kakak study. Kat rumah pun memang dia main handphone je.

Pengumuman Keputusan UPKK 2023



Pengumuman Keputusan UPKK 2023
kiri dan kanan tu la ustazah-ustazah kelas kakak yang banyak berkorban mengajar


Pengumuman Keputusan UPKK 2023


Pengumuman Keputusan UPKK 2023

Ibu mampu doakan je. Ibu tak mampu nak ajar kakak. Silibus sekarang memang susah sangat-sangat. Tapi anak-anak mampu buat yang terbaik dan buktikan dengan kejayaan. Ibu rasa sebak sangat bila keputusan keluar. Masa majlis berlangsung tepat 12pm ibu check keputusan kakak. Masa tu memang berkaca dah mata ibu. Tapi tahan sebak je.


Pengumuman Keputusan UPKK 2023



Sebenarnya ibu taktau pun yang 20 orang terpilih tu adalah calon yang memang memperolehi keputusan 8A. Kiranya pihak JAIP dah dapat senarai nama lebih awal. Ibu ingatkan macam terpilih sebab keputusan trial dulu je. Rupanya memang anak-anak cemerlang ni memperolehi keputusan cemerlang peringkat negeri Pahang. Alhamdulillah tahniah anak-anak cemerlang.


Pengumuman Keputusan UPKK 2023
20 orang pelajar cemerlang UPKK 2023 Negeri Pahang

SEKOLAH TERBAIK UPKK NEGERI PAHANG 2023

Bukan setakat 5 orang saja pelajar cemerlang dari sekolah KAFA kakak, sekolah kakak juga mendapat tempat ketiga terbaik negeri Pahang. Alhamdulillah tahniah kepada ustazah-ustazah dan ustaz KAFA SAR yang berusaha keras.

Pengumuman Keputusan UPKK 2023
5 orang pelajar dari sekolah kakak bergambar bersama Al Fadhil Qadhi Kuala Lipis, ustazah-ustazah dan ibu bapa










8 comments:

  1. Alhamdulillah...tahniah kakak...semoga terus cemerlang ya..aamin

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah tahniah Kakak, dan ibu ayahnya juga 🌹
    Semoga terus sukses ye 🤲

    ReplyDelete
  3. Alhamdulilah . Tahniah . Semoga berjaya lagi .

    ReplyDelete
  4. Tahniah.....diraikan pula tu...alhamdulilah. Kenangan mereka di bangku sekolah. Tahniah ibunya datang support!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih. Ye JAIP raikan 20 orang pelajar terbaik negeri Pahang ni. Ibu tumpang bangga kejayaan anak☺️

      Delete