Labu Labi Restaurant & Cafe Raub - BLOG ROZIAH MUHAMMAD NOR

Friday 26 April 2024

Labu Labi Restaurant & Cafe Raub

 Restoran Di Raub Pahang

Selepas majlis pengumuman keputusan UPKK di Hotel Seri Malaysia Temerloh kami singgah solat di Masjid Sultan Ahmad Shah untuk solat dan tukar baju. Takdela ibu nak berbaju batik sampai ke petang. Hihihi. Selepas tu terus gerak ke Raub sebab nak pergi ke Pusat Pakaian Hari-Hari nak cari uniform Puteri Islam adik Rania. Tak dapat jugak uniform tu kena beli kat kedai lain. Dapat beli kasut kakak je. 

Sekali la terus nak reward kakak makan-makan. Cari kedai western ada kat Raub. Kiranya hi-tea merangkap dinner terus la sebab lunch dah makan kat Hotel Seri Malaysia tu pihak JAIP sediakan makan sekali selepas majlis.

Labu Labi Restaurant & Cafe Raub


Labu Labi Restaurant & Cafe Raub


Cie tau Labu Labi Restaurant & Cafe Raub ni pernah nampak kawan facebook share. Nampak macam menarik je menu kat sini tu yang ajak husband reward kakak atas kejayaan kakak dapat 8A UPKK dan dapat jadi antara 20 orang pelajar cemerlang UPKK 2023 Negeri Pahang. 

Macam biasa la sementara nak tunggu makanan sampai kita snap gambar dulu la buat content nak masuk blog. Hihihi. Setiap tempat kita pergi tu kena la ambil gambar kenangan.

Labu Labi Restaurant & Cafe Raub


Labu Labi Restaurant & Cafe Raub


Labu Labi Restaurant & Cafe Raub


Labu Labi Restaurant & Cafe Raub

Bagus service kat Labu Labi Restaurant & Cafe Raub ni. Kita sampai je terus ada staf bagi menu dan boleh terus order. Tak lama lepas tu order air pun sampai. Makanan pun cepat je sampai. Takdan lama pun tunggu. Menu western semua kat kedai ni. Ni la antara menu kami order.

Labu Labi Restaurant & Cafe Raub


Labu Labi Restaurant & Cafe Raub
Mac and cheese ni adik Rania order


Labu Labi Restaurant & Cafe Raub
Fries ni pun adik Rania order


Labu Labi Restaurant & Cafe Raub
Nachos ni ibu yang order. Sedap betul sos tak kedekut


Labu Labi Restaurant & Cafe Raub
Ni kakak Raisha nak makan chicken chop


Labu Labi Restaurant & Cafe Raub
Ni sudah semestinya makanan babah mesti kena ada nasi dan grill chicken

Labu Labi Restaurant & Cafe Raub


Labu Labi Restaurant & Cafe Raub


Labu Labi Restaurant & Cafe Raub

Overall makanan kat sini sedap semuanya. Portion pun banyak. Kami makan tu boleh share je semua. Mujur la boleh habiskan semua tu walaupun dah kenyang tersangat dah. 

Staf Labu Labi Restaurant & Cafe ni semuanya ramah tamah. Service pun laju. Lain kali boleh repeat lagi ke sini. Lokasinya ada alamat pada resit bayaran tu. Boleh jugak cari LHDN Raub. Kedai ni berdepan dengan bangunan LHDN seberang jalan je.

4 comments:

  1. klasik nama kedainya.. Labu Labi... terimabu cerita si labu labi ..

    ReplyDelete
  2. namanya saja Labu Labi sudah menarik perhatian hehehe

    ReplyDelete