Menu Dinner Nasi Goreng - BLOG ROZIAH MUHAMMAD NOR

Sunday 19 May 2024

Menu Dinner Nasi Goreng

Cepatnya masa berlalu. Rasa macam baru je lagi hari Jumaat balik kerja tup tup nak habis hari Ahad dah dan esok kembali bekerja seperti biasa. Malasnya la nak pergi kerja memikirkan kerja yang menimbun tu. Huahhhh

Ahad pun berlalu cepat je. Seharian duk rumah masa pantas berlalu. Tiba-tiba eh dah petang. Maka ke dapur la kita memasak menu dinner nasi goreng je. Kalau ikutkan malas nak masak tapi mengenangkan kalau makan luar pun order nasi goreng jugak. Buat sendiri jela nasi goreng yang simple je.

Menu Dinner Nasi Goreng

Nasi goreng tu memang tumis bawang putih dan bawang besar cincang. Renjis sos ikan sikit, garam, perisa ayam tu je. 

Tu yang buat jugak telur mata, ikan bilis goreng, bawang besar goreng letak kicap. Yang viral ramai duk buat tu. Kita try la buat jugak. Ada sikit je ikan bilis nak habiskan nanti weekend nak restock ikan bilis.

Menu makan Cie wajib ada sayur. Timun dan kacang panjang buat ulam. Asalkan ada sayur. Nasi goreng tu kosong je tak pedas kita buat la cili potong letak kicap.

Cukup la menu dinner nasi goreng je untuk hari ni. Nasi goreng yang simple je. Hari ni banyak betul makan karbohidrat. Bahaya betul ni. Hahaha. Takpe esok kita buat IF bagi cepat terbakar segala kalori tu.

10 comments:

  1. Idea yg bagus ni Cie. Next time bleh try. Thanks.
    Yg penting telur kicap tu menaikkan lagi selera nasi goreng U ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nasi goreng kosong tu yang buat telur lain.

      Delete
  2. Sama pulak dinner kita, telur kicap + bawang renjis kicap hihi ... PH makan dgn nasi putih :)

    ReplyDelete
  3. betul tu Cie.. waktu cuti terasa pantas betul berlalu.. sedpanya menu! boleh cuba nti ni hehe

    ReplyDelete
  4. Hujung minggu memang berlalu dengan pantas. Sedap nampak nasi goreng, walau pun simple.

    ReplyDelete
  5. Malam ni nak buat nasi goreng. Boleh try nasi goreng style ni pulak.

    ReplyDelete