Selalunya petang Jumaat memang ke pasar jela tak masak dinner. Tapinya minggu ni macam malas nak ke pasar sebab dah taktau nak beli apa menu sama je. Mi goreng, yong tau fu tu jela gilir-gilir. Kadang-kadang soto ayam. So minggu ni Cie decide masak sendiri je mi goreng. Mintak husband belikan mi Gardenia.
Sebagai tambahan Cie tambah juga telur mata goreng, keropok goreng (takde dalam gambar), cili potong, timun. Dalam mi goreng tu Cie letak ayam, bebola udang, kobis bulat, carrot. Tu jela mi goreng yang simple masak sendiri.
Terajin pulak nak masak sendiri instead of beli kat pasar. Lagipun terapi juga masuk kitchen ni masak-masak boleh release stress juga. Lately banyak kerja menimbun kat office tu yang rasa stress nak siapkan semua benda segera.
Nak kurangkan stress tu balik rumah masuk kitchen masak best je rasa tenang je. Tu la cara Cie release stress agaknya. Lain orang lain cara.
saya pun suka mi goreng sendiri kat rumah. kalau di kedai ada saja yg tak kena kat tekak
ReplyDeleteAah betul sedap masak sendiri lagi.
Deletemasak boleh release stress kan
ReplyDeleteTu la terapi orang perempuan kan.
DeleteSedap kalau masak mi goreng sendiri. Boleh bubuh apa yang kita suka.
ReplyDeleteYe betul
Deletesedap tu cie.. telur goreng tu nmpk sgt menyelerakan.. makan saje tambah kicap.. nikmat.. :D
ReplyDeleteCie memang suka kuning telur tu cair. Hihi
Delete