Menu Berbuka 26 Ramadan 1447H

Semakin ke hujung Ramadan, semakin la takde idea nak masak apa. Hari ni dah 26 Ramadan. Kalau Jumaat raya, Khamis last puasa. Kalau raya Sabtu, Jumaat dah last puasa. Semua berdebar nak tunggu pengumuman raya.


Bila PMX umum cuti tambahan maknanya Khamis la last kerja. Budak-budak sekolah dah last sekolah esok. Sekolah adik Rania dan kakak Raisha balik awal 30minit. Dah tak belajar sangat pun, macam-macam program la cikgu buat untuk hari last.

Cie ni duk menambah order biskut almond london pulak dari kawan Cie. Mujur dia layan je. Dia kata boleh je dia buatkan. Blueberry hari tu dah siap katanya. Nanti dia hantar ke office atau rumah.


Hari ni Cie masak ayam goreng kicap dengan kentang. Kegemaran anak-anak. Adik Rania tak makan ikan keli tu yang kena masak jugak ayam.

Cie buat keli bakar air fryer. Lepas tu konon buat asam picit. Terlebih air pulak jadi cair. Hari tu buat menjadi. Kali ni tak menjadi pulak. Takpela dah tak menjadi kan. 

Ada jugak telur masin rebus, bendi celur, ulam timun dan salad. Buah tembikai kuning ada lagi ni. Beli setengah biji jadi banyak la. Manis tembikai ni. Geram je nak buat jus tapi tu la tak pernah buat jus tembikai kuning. Ke ada orang pernah buat?


Catat Ulasan

14 Ulasan

  1. Alhamdulillah, rejeki berbuka puasa

    BalasPadam
  2. Tula kadang memasak ada masa menjadi, ada masa xjadi. Hentam sajalah hehe

    BalasPadam
  3. Tak pernah cuba blend tembikai kuning. Tapi boleh saja. Kita yang buat dia

    BalasPadam
  4. Hidup ni kan umpama roda... Tu yg hari tu jadi, hari ni tak jadi... hheheehe

    BalasPadam
  5. Kita buat dia..boleh je nak buat jus pun..

    BalasPadam
  6. Selamat berpuasa Cieee. Penah minum jus tembikai kuning. Tapi tambah perahan lemon utk balance rasa dia. Sedappp.

    BalasPadam
  7. tembikai kuning lama tk mkn...ikan keli fav

    BalasPadam
  8. tak menjadi pun masuk perut jugak hihi

    BalasPadam
  9. Dalam pada tiada idea hendak masak apa meriah juga menu dia tu

    BalasPadam
  10. Tak boleh nengok bendi celur.. auto teringin🤭

    BalasPadam
  11. Di sini ada kak, semangka kuning dibuat jus. Sedap juga. Tp tak banyak memang. Rata2 semangka merah kan

    BalasPadam
  12. Kita buat dia cie...ok je tu..hehehe

    BalasPadam
  13. Bendi celur & air asam picit pun dah sedap ..menambah nasi tau

    BalasPadam

Terima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.