Ikan Pekasam Beras - BLOG ROZIAH MUHAMMAD NOR

Sunday 7 July 2024

Ikan Pekasam Beras

Minggu lepas Cie beli ikan pekasam beras dari leader cleaner hospital. Mak dia yang buat. Hari tu pernah dah sekali beli dah rasa memang sedap ikan pekasam beras dia. Ikan sungai Cie pun taktau nama apa ikan tu.

Goreng dengan bawang dan cili padi. Lepas tu perah limau kasturi. Makan pulak dengan nasi panas memang sedap betul la. Tak toleh kiri kanan dah.

Ikan pekasam beras

Ikan pekasam beras

Selalunya ikan pekasam beras ni belah utara banyak la. Tapi kalau pandai buat kat mana-mana je jual. Kat Lipis ni ada je ikan pekasam beras. Mereka buat ikan sungai. Belah utara ada sawah padi ikan kat dalam bendang la agaknya.

Ikan pekasam beras goreng ni sedap je makan dengan nasi, pulut, lempeng, cekodok dan banyak lagi la makanan lain. Ada sesetengah orang tak suka sebab berbau sikit kan. Kita ni orang kampung semua makan je. Menu kampung la paling sedap.

2 kali dah goreng ikan pekasam beras ni. Sekali goreng 1-2 ketul je. Cie dan suami je makan ikan pekasam beras ni. Anak-anak tak makan. Kakak Raisha dia cubit jugak rasa sikit. Adik Rania memang tak rasa langsung la. Dia payah sikit bab makan memilih.

8 comments:

  1. Sebenarnya ikan pekasam ni dulu saya tak reti makan. Sejak kahwin dengan orang Kedah. Bila makan pertama kali tak reti jugak....bila makan kali kedua....saya dah mula suka dah.....nak nak makan dengan nasi panas....tu je pun dah cukup.....

    ReplyDelete
  2. Ikan pekasam beras kalau di Tanjung Karang agaknya yang dipanggil wadi kot. Masa duduk asrama, selalu kawan-kawan keturunan Banjar bawa ikan wadi kalau balik kampung. Biasanya mereka bawa ikan pekasam beras / wadi jenis ikan sepat yang banyak membiak di sawah.

    ReplyDelete
  3. kami kaum Banjar mmg sinonim dgn ikan pekasam beras.. mkn dgn nasi panas-panas mmg blh menambah nasi hehe

    ReplyDelete
  4. Favourite saya ni. Lagi-lagi kalau dapat yang berasnya banyak. Goreng garing-garing, tumis bawang, letak kicap dan perah limau… itu sahaja dah buat bertambah makan :)

    ReplyDelete
  5. Pernah makan pekasam beras ni.
    Mulanya tak fhm fungsi beras tu, ingatkan utk memasinkannya je, nasib baik tak buang.

    ReplyDelete
  6. Ikan Pekasam ni makan dengan nasi panas panas dah jalan habis sepinggan :D

    ReplyDelete
  7. Tak boleh tahan kalau terhidang menu ni... lagi-lagi kalau ada bahagian ikan yang hancur tu.

    ReplyDelete
  8. Ha'a betul cie ..kalau pekasam belah utaqa ni banyak pakai ikan darat .. CCL kalau nak makan pekasam , makan pekasam mak CCL beli jer , pekasam lain memang tak lalu nak makan .. risau orang yang jual pekasam tu kalau² dia mengail ikan di parit mana² kan .. kalau mengail ikan dari sawah bendang tu ok lagi

    ReplyDelete