Pagi ni Cie mulakan hari dengan sesuatu yang ringkas tetapi sangat mengenyangkan iaitu cucur udang sayuran! Menu yang simple, bahan pun mudah nak dapat, tapi bila digoreng panas-panas, memang membuka selera seisi rumah.
Tambah pula cuaca pagi yang agak sejuk, bau cucur yang digoreng tu memang boleh buat siapa pun tergoda. Tak perlu lauk berat pun, cukup dengan menu sarapan pagi cucur udang dimakan bersama sos pilihan dan Cie bancuh indocafe o ais memang ngam. Adik Rania teh o ais. Kakak Raisha dan babahnya minum air kosong je.
Makan kat porch, bentang tikar sambil berborak 4 beranak. Lama tak lepak makan kat luar rumah. Ada je kerusi dan meja kat luar rumah tapi nak feel makan kat kampung bentang tikar makan bawah pokok tapi sebab kita takde pokok makan kat porch jela.
Cucur udang ni memang ada banyak versi. Ada orang suka cucur yang padat dengan udang besar, ada yang lebih suka versi sayur banyak.
Cie pulak hanya guna udang kecil, taugeh dan bawang besar je. Tu pun kena asingkan yang bersayur dan tanpa sayur. Cie bancuh dulu adunan tepung letak udang dan gorengkan lepas tu dah tinggal separuh baru la campur sayur. Anak-anak tak makan sayur.
Kenapa Cucur Udang Sayuran Jadi Pilihan?
Kalau nak tahu, cucur udang ni bukan saja senang disediakan, malah sangat fleksibel. Boleh dijadikan menu sarapan, minum petang atau juadah ringkas bila tetamu datang mengejut.
Malas nak masak menu sarapan yang berat sebab tengahari nanti nak pergi makan kenduri pulak. So menu sarapan yang ringkas dan ringan jela sekadar isi perut di waktu pagi.
Hanya menggunakan bahan asas yang ada di dapur kita saja. Cie tak beli daun kucai sebabnya kalau beli banyak sangat takde jual sikit-sikit jadinya tak letak la daun kucai.
Selain itu, cucur udang ni juga tak perlukan teknik rumit macam masakan lain. Cuma bancuh dan goreng. Tapi ada beberapa tips untuk pastikan cucur kita rangup di luar, lembut di dalam dan tak serap minyak terlalu banyak.
Resipi Ringkas Cucur Udang Sayuran
Cie kongsikan resipi yang Cie guna pagi tadi. Resipi ni untuk anggaran 3-4 orang makan. Sayur tu korang boleh tambah carrot, kobis dan sayuran kegemaran korang.
Bahan-bahan Cucur Udang Sayuran
2 1/2 cawan tepung gandum
2 cawan air suam (boleh tambah jika perlu)
½ sudu kecil serbuk kunyit
2 sudu besar bahan perasa
1 cawan taugeh – dibersihkan
1/2 biji bawang besar - cincang
1 cawan udang sederhana – dibersihkan
Minyak masak secukupnya untuk menggoreng
Cara-cara Membuat Cucur Udang Sayuran
- Dalam mangkuk besar satukan tepung, serbuk kunyit, serbuk perasa. Gaul rata.
- Masukkan air sedikit demi sedikit sambil kacau hingga jadi adunan yang tidak terlalu cair dan tidak terlalu pekat.
- Masukkan udang dan sayur yang telah disediakan. Gaul sebati.
- Panaskan minyak dalam kuali. Bila minyak dah panas, ceduk adunan dan perlahan-lahan jatuhkan ke dalam minyak.
- Goreng hingga keemasan dan rangup. Terbalikkan bila sebelah dah masak. Angkat dan toskan minyak.
- Siap!
Tips Untuk Dapatkan Cucur Yang Sempurna
Ada beberapa tip penting yang Cie nak kongsikan supaya cucur udang jadi betul-betul rangup dan sedap:
- Gunakan air suam bila membancuh tepung cucur untuk membantu tekstur cucur jadi lebih rangup bila digoreng. Nisbah air suam dengan air biasa 1:3.
- Jangan terlebih bancuh tepung cukup sekadar rata. Jika terlebih kacau, gluten dalam tepung akan aktif dan buat cucur jadi liat.
- Guna udang kecil tu buatkan cucur jadi lebih rangup dan manis rasa udang tu.
- Minyak kena betul-betul panas tapi jangan terlalu panas hingga cucur cepat hangit luar tapi tak masak dalam. Api sederhana sudah cukup.
- Kalau nak cucur tahan rangup lama, toskan betul-betul minyak lebihan dan susun atas rak dawai bukan atas tisu dapur je. Ini elak cucur serap wap panas.
Gabungan Dengan Sos Yang Tepat
Kalau makan cucur udang jangan lupa sos dia. Cie punya kegemaran adalah sos tomato dicampur dengan lada hitam dan mayonis. Anak-anak dan suami makan sos thai.
Selain dari tu boleh juga dicicah dengan sambal ikan bilis atau sambal hitam pahang. Ada juga orang makan cucur dengan kuah kacang.
Cucur Juga Boleh Dijadikan Bekal
Satu lagi kelebihan cucur udang sayuran boleh dibawa sebagai bekal ke sekolah atau tempat kerja. Bungkus dalam kertas minyak, letak dalam bekas kedap udara dan simpan sos asing. Bila nak makan, panaskan sekejap dalam air fryer atau kuali tanpa minyak. Tetap sedap!
Pelbagai Versi Cucur Yang Boleh Dicuba
Selain cucur udang, banyak lagi versi cucur yang boleh kita cuba bergantung pada bahan yang ada:
- Cucur bilis – guna ikan bilis goreng rangup, lebih jimat.
- Cucur jagung – manis dan rangup, anak-anak suka.
- Cucur sayur tanpa udang – untuk versi lebih bajet atau vegetarian.
- Cucur kentang – lebih padat dan kenyang.
Cucur Udang Menu Simple Tapi Sedap
Cucur udang sayuran ni memang makanan rakyat yang tak lapuk dek zaman. Dari kecil sampai dewasa, kita tetap suka cucur sama ada versi mak kita buat, beli kat gerai tepi jalan atau masak sendiri di rumah. Kadang-kadang yang ringkas itulah yang paling menyentuh selera dan penuh kenangan.
Kalau kat gerai tepi jalan tu biasanya mereka letak udang seekor yang besar kat atas cucur dan lebih besar dan menggelembung cucurnya kerana mereka letak yis. Seketul sekarang ni dalam RM2-3.
Kalau korang belum pernah cuba cucur versi campur udang dan sayur ni, cubalah nanti. Confirm lepas ni akan jadi menu wajib waktu pagi atau petang!
Apa menu sarapan korang pagi ni? Jom kongsi di ruang komen!
20 Comments
Uishhh sedap nya dgn udang yg gebu gebu mcm tu hihi.. alhamdulillah dpt berucur di pgi hari.. kita tgh memanaskan kat sukan sekolah anak ni hahahaa..
BalasPadamUdang kecik2 tu sedap manis.
PadamKalau buat sendiri,rase tak puas..sebab tak gemok..hihi...linda suka makan dengan kuah kacang
BalasPadamCie pulak tak suka yang kembong tu. Tak feel makan. Hihi. Cie suka yang buat sendiri leper & rangup.
PadamNampak pulak post yang ni. Dah la akak suka cucur. Sayur ke tak sayur ke akak suka.....
BalasPadamCepat masuk dapur kak buat cucur minum petang. Hihi
Padamnohhhh bagi selambak terus hihihi
BalasPadamDipersembahkan. Hihi
Padambuat sendiri puas hati, letak udang bebanyak.
BalasPadamYe betul buat ikut citarasa kita.
PadamIt looks delicious.
BalasPadamYesss
PadamUniknya letak lada hitam dalam sos tomato tu, Cie. Sedap ya, kita tak pernah letak macam tu, selalu makan dengan sos cili aje.
BalasPadamTry buat. Bagi Cie sedap sos tomato tu rasa masam2 campur dengan lada hitam pedas2. Ngam la.
PadamSedapnya Cie cucur ni. Lama tak buat. Nak kena cari udang lah pulak ni.
BalasPadamCie pun jarang2 mesti buat cucur ni.
Padamuiii sedap ni. kalau kita yg buat sendiri, memang udang tu bubuh banyak2 sikit baru syok. tapi kalau saya, rasanya taugeh tu akan disingkirkan :p
BalasPadamAda 2 versi. 1 udang saja, 1 lagi ada sayur.
PadamAlamak... ada indo-cafe dan teh-o ais la.... dah lah panas tengahari kat sini.
BalasPadamNak kena buat jugalah!
Sejuk tekak minum ais musim panas ni.
PadamTerima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.