Rahsia Kekal Cergas Ketika Berpuasa - BLOG ROZIAH MUHAMMAD NOR

Isnin, 22 Jun 2015

Rahsia Kekal Cergas Ketika Berpuasa

Assalamualaikum. Salam Sejahtera.

Sedar tak sedar dah masuk 5 Ramadhan kan. Cepat masa berlalu. Teringat zaman kecil-kecil dulu dah habiskan puasa satu hari pun dah rasa macam sebulan puasa. Hihihi. Sangat berbeza puasa dulu dengan sekarang. Lagi-lagi bila berpuasa dengan Shaklee memang sangat ketara perbezaan. 
Alhamdulillah syukur.

rahsia kekal cergas ketika berpuasa


Setakat 4 hari berpuasa nih Cie memang tak sentuh nasi pun lagi masa sahur. Just bancuh Energizing Soy Protein dengan tamar cocoa atau oat je. Pagi tadi oat dah habis so tukar blend dengan pisang pulak. Lagi sedap tau. Rasa smoothies. Kalau ada ais lagi terangkat kot. Tak boleh nak makan nasi masa sahur sebab kalau makan nasi energy cepat habis. Dalam pukul 10 camtu dah rasa lapar. Nak sampai ke waktu berbuka rasa macam dah 10 hari tak makan nasi. Hihihihi.

Energizing Soy Protien Shaklee nih memang sangat membantu ketika berpuasa kerana dapat mengekalkan tenaga berjam-jam lama. Lagipun memang mengandungi sumber protein soya terbaik. Menyediakan 14 gram protein soya bukan-GMO berkualiti tinggi dengan asid amino yang tubuh kita perlukan bagi proses sintesis protein termasuk sembilan asid amino penting. Energizing Soy Protein nih rendah lemak, bebas laktosa dan bebas kolesterol berbanding protein dari sumber daging, telur dan tenusu.

Berbuka pulak memang ambil Performance Drink je. Tukar setiap hari kalau dah rasa bosan minum plain je tambah dengan vivix, jus tembikai. Fuhhh memang sejuk sangat tekak bila minum air nih. Performance Drink nih merupakan penghilang dahaga segera dan terbukti secara klinikal untuk menyokong tahap hidrasi berbanding air. Juga lebih banyak  elektrolit dan menyalurkan lebih banyak tenaga. So kalau minum nih memang takkan rasa haus walaupun panas terik. Dah try masa puasa ganti dulu so memang terbukti berkesan tuh terus continue untuk berpuasa bulan nih. Memang tak meyesal minum tau.

rahsia kela cergas ketika berpuasa


Dua gabungan yang mantap untuk Cie ketika berpuasa. Semalam memang seharian didapur. Bukan makan tau. Kang ada pulak yang kata Cie makan. Hahaha. Busy siapkan tempahan sambal hitam pahang so memang dari pagi kat dapur je. Stop sekejap untuk solat je then sambung semula sampai petang. Dah habis sediakan sambal terus sambung sediakan menu berbuka. Memang takde rest langsung. Tak sempat pun nak golek-golek ke baring-baring ke. Tapi alhamdulillah bertahan sehingga berbuka. Takde rasa penat atau dahaga pun. Teringat masa dulu-dulu berpuasa tanpa Shaklee, mesti kena rest dulu baru boleh buat kerja yang banyak dalam satu masa. Memang ketara perbezaan dulu dan sekarang. Hanya yang betul-betul mencuba je baru tau.

Mudah-mudahan kita semua dapat mengerjakan ibadah puasa dengan sebaik mungkin.



Jika berminat nak mencuba sendiri PRODUK SHAKLEE boleh hubungi saya:

Pengedar Shaklee Kuala Lipis dan Seluruh Malaysia
Roziah Muhammad Nor
Double SR Enterprise ( CT 0028861-M )
ID: 890962
Facebook Page: Petua Nak Kurus
Instagram: ROZIAH_MUHAMMAD_NOR
Emel: syafiyahvitashoppe@yahoo.com
0129755310 (whatsapp/wechat/sms)

Daftar Keahlian Sila Isi: BORANG KEAHLIAN SHAKLEE

3 ulasan:

  1. terima kasih di atas perkongsian ini...

    BalasPadam
  2. oh nampak menarik juga. kita pun makan nasi, lepas tu pagi2 dah lapar balik. adoi

    BalasPadam