IPHONE 8 PLUS | APPLE
Sejak my Iphone 8 Plus ni asyik macam-macam hal je mula la rasa macam nak tengok-tengok Iphone model lain. Tapi tu la kan harga kebanyakkan boleh tahan. Terutama Iphone 11 memang harga kebaboommm sangat la kan.
Iphone 8 Plus Cie pakai sejak Disember 2017 dah nak masuk 3 tahun. Baru-baru ni tukar bateri di Ipro Ampang. 2 minggu lepas pulak ada problem macam LCD problem. Cuak jugak la masa tu. Bila tanya Ipro dia kata maybe masalah LCD atau backlight.
Lepas tu macam tak puas hati je terus bawak ke kedai area Lipis je. Tanya kedai dia kata maybe LCD. Dia pun order la LCD. Bila dah sampai dia call Cie pun hantar katanya 1 jam siap. Selepas 1 jam lebih baru kedai call katanya tak tukar pun LCD masih ok dia cuma cuci je dalam then just bayar upah rm10. Alhamdulillah lega sangat kalau tak melayang RM ku.
Masa kena tu iphone jadi macam berair dan keluar benda hitam macam berminyak |
Sekarang ni cuma yang problem bateri jela. Sekejap sangat habis. Cie pulak banyak guna untuk online kan. Bila kita bisnes online 100% urusan semua online jadi memang banyak guna handphone.
Adakah Cie akan beralih arah ke Iphone 12 pulak?
Hajatnya begitulah tapi bukan masa terdekat ni. InsyaAllah cabar diri kalau berjaya rank up Coordinator Shaklee so akan difikirkan sekiranya perlu. Bukan apa Iphone sekarang ni masih elok. Jadi taknak la membazir kan.
Berbaloi la keputusan Cie untuk pakai Iphone pada tahun 2017. Sehingga sekarang ada 10,000 gambar dalam Iphone Cie. Kalau pakai android setiap 1-2 tahun mesti kena tukar handphone lain. Hang la, apps banyak tak boleh install la dan macam-macam lagi common problem handphone.
Macam mintak upgrade baru je tu..Best tu dapat iPhone12 pro max tu. Semoga tercapai. Aamin
BalasPadamiPhone punya battery biasalah cepat drain. huhu..sedih!
tu la kan bab bateri paling worst. yang lain dah ok. harga mahal patut perbaiki la kan.
Padam