Tomyam Putih Dan Ayam Mangga - BLOG ROZIAH MUHAMMAD NOR

Isnin, 10 Jun 2024

Tomyam Putih Dan Ayam Mangga

Hari ni balik kerja lambat lagi. Tapi tetap masak menu dinner Tomyam Putih Dan Ayam Mangga. Tak dilupakan bayam goreng. Tomyam tu jadi putih sebabnya perencah tomyam dah habis. So tu yang buat tomyam putih jela sedap jugak.

Tomyam Putih Dan Ayam Mangga

Selalunya idea memasak ni akan datang bila-bila je. Sambil-sambil buat kerja timbul idea, kadang-kadang sambil berjalan. Gitulah kelebih mak mak boleh fikir idea memasak secara tiba-tiba je. Macam menu dinner malam ni Tomyam Putih Dan Ayam Mangga datang tiba-tiba je.

Tomyam Putih Dan Ayam Mangga

Tomyam putih tu menu yang Cie mula-mula fikir nak masak. Tomyam Cie simple je yang penting ada bawang, serai, cili padi, daun ketumbar, carrot. Tu jela bahan asas tomyam putih. Lepas tu letak jus limau thai dan sos ikan.

Tomyam Putih Dan Ayam Mangga

Ayam mangga tu datang kemudian bila tengok ada isi ayam dan mangga. Terus muncul idea nak buat ayam mangga. Ayam mangga nanti Cie share resipi bila terajin nak share.

Untuk sayur pulak Cie masak bayam hijau goreng. Lama tak makan sayur goreng. Selalu makan timun je. Kebetulan beli barang dapur baru ni tengok bayam segar je terus la beli. Sayur hijau berdaun tak tahan simpan lama. Lepas beli kena masak terus. Tu yang jarang beli sayur daun. Kalau beli terus kena masak.

Tomyam Putih Dan Ayam Mangga

Anak-anak request suruh buat lagi ayam mangga tu. Sedap katanya. Nanti la ibu buat lagi. Nak try buat ayam macam tu tapi tak letak mangga. Takde dah stok mangga. Mungkin boleh buat ayam lemon ke atau ayam lain. 

Esok taktau nak masak apa pulak. Hari ni selesai dah dinner Tomyam Putih Dan Ayam Mangga. Ada bawal dalam fridge tu. Boleh la buat goreng garing sedap juga

5 ulasan:

  1. Tom Yam putih nie simple jer tapi sedap...

    BalasPadam
  2. Simple tapi sedap² ni...
    PH kalau ada bawal sama ada buat kari (fav husb) atau goreng garing. Lepas tu potong cili + kicap. Walah!

    BalasPadam
  3. waahhhh ayam mangga sedapnyaaaa Cie!

    BalasPadam
  4. Sedappp Tom yam
    .. Selalu. Buat warna. Merah 🍲🍲

    BalasPadam