16 Ogos 2024 Perdana Menteri Dato Seri Anwar Ibrahim mengumumkan Sistem Saraan Penjawat Awam menggantikan Sistem Saraan Malaysia bermula Disember 2024.
Pelarasan gaji penjawat awam akan dilaksana secara berfasa iaitu fasa pertama pada Disember 2024 dan fasa kedua pada Januari 2026.
Tahniah buat semua penjawat awam. Jadikan kenaikan gaji ini sebagai pembakar semangat untuk menjalankan tanggungjawab dengan lebih baik, berdedikasi, jujur, amanah.
Peratus Pelarasan Gaji Penjawat Awam
Kenaikan gaji penjawat awam akan melibatkan pelbagai kumpulan jawatan:
Pelaksana: gaji akan naik sebanyak 8% pada Fasa 1 iaitu Disember 2024 dan akan naik lagi sebanyak 7% bagi Fasa 2 pada Januari 2026.
Pengurusan dan Profesional: gaji akan naik sebanyak 8% pada Fasa 1 bermula Disember 2024 dan akan naik lagi sebanyak 7% bagi Fasa 2 pada Januari 2026.
Kumpulan Pengurusan Tertinggi: gaji akan naik sebanyak 4% pada Fasa 1 bermula Disember 2024 dan akan naik lagi sebanyak 3% bagi Fasa 2 pada Januari 2026.
Kalkulator Kiraan Pelarasan Gaji Penjawat Awam
Penjawat awam dah boleh buat kiraan kenaikan gaji melalui Kalkukator Gaji SSPA. Boleh la tengok-tengok dulu berapa gaji akan naik pada Disember 2024 dan Januari 2025.
Pelarasan Gaji Penjawat Awam
Alhamdulillah rezeki penjawat awam walaupun ramai yang mencemuh kenaikan gaji penjawat awam ni. Kadang-kadang tak sedap jugak baca komen netizen ni. Bukan semua pun penjawat awam tak perform. Ramai lagi yang perform. Jangan la kerana segelintir saja yang buat hal, terpalit sama dengan yang lain. Tak syok la macam tu.
Ada jugak yang perli ‘harap lepas ni semua kaunter dibuka’. Masalahnya bukan semua jabatan ada kaunter pun. Swasta pun sama macam bank tu kaunter banyak tak dibuka semua pun. Maybe yang jaga kaunter tu kena kursus ke, atau tak sihat ke, atau bercuti ke so akan berlaku kekurangan staf. Cuba la bersangka baik sikit. Ni tau nak marah je.
Kenaikan gaji penjawat awam ni sebenarnya dapat membantu juga peniaga-peniaga. Penjawat awam ni suka shopping tau. Hihi. So untung juga kepada peniaga apabila kenaikan gaji berlaku dan kuasa membeli bertambah. Takde sales merungut ni kerajaan dah bantu bagi kenaikan gaji penjawat awam dan penjawat awam akan berbelanja. Kitaran tu akan berpusing. Jangan risau.
Apa-apa pun jangan bersangka buruk. Ada manfaat juga kenaikan gaji penjawat awam ni kepada rakyat Malaysia.
syukur atas segala rezeki dariNya :) moga2 kita semua (esp penjawat awam) panjang umur utk menikmati kenaikan gaji tu heheheh
ReplyDelete