Mamee Boat Noodle Perisa Wagyu

Masa ada promo kat 7E buy 1 free 1 mi segera perisa Mamee bulan Julai hari tu kot rasanya Cie beli la beberapa flavour. Antaranya Mamee boat noodle perisa wagyu. 


Cie pun dah try makan pada 16 Ogos yang lepas. Kebetulan masa tu tak masak lunch sebabnya dah breakfast heavy nasi dagang. Bila tak masak terasa lapar pulak sebelah petang maka nya mi segera la jadi penyelamat. 

Buat la mi segera tu campur air panas dan letak perencah je. Sap sap soi dah siap dan boleh makan. Kuahnya hitam ye. Macam kuah sup daging yang gelap. Dagingnya takde la cuma perisa daging la rasanya tu diberi nama perisa wagyu. 


Yang hijau tu daun bawang dikeringkan
Ok la rasanya not bad. Boleh la repeat lagi kalau nak beli mi segera untuk buat stok ketika malas nak masak. 


Catat Ulasan

1 Ulasan

Terima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.