Cie order dari bakers yang sama Cie order untuk dessert table booth kenduri kahwin anak buah Cie bulan 11 hari tu. Sedap kek dan cream puff bakers tu. Pertama kali juga Cie order hasil dari search kat facebook je. Bila sedap kita repeat la order kan.
Cie order pakej 3 jenis dessert RM100. Mulanya Cie order kek marble, cheese tart dan cream puff. Sekotak setiap jenis tu. Dah deal apa semua Cie pick up petang sebelum majlis. Sampai rumah Cie buka tengok eh kenapa ada kek marble, cream puff dan brownies. Takde cheese tart.
Cie pun check whatsapp. Betul je Cie order cheese tart. Rupanya bakers tu salah tulis order Cie. Dia tulis brownies bukannya cheese tart. Beria la dia minta maaf. Takpela benda dah buat pun kan. Cie ok je takdela nak marah ke apa.
Selain 3 jenis dessert tu ada juga staf sponsor popia carbonara, colek buah dan asam boi Cie bawak dari rumah. Ada 5 jenis la tersusun atas dessert table tu.
Dessert table annual dinner jabatan Cie ni guna barang-barang Cie sendiri. Ada yang Cie baru order pasu bunga, bunga, daun-daun, barang decoration. Beli kat Shopee je semua. Jadi syok pulak deco dessert table ni.
Ada juga pakai barang jabatan. Yang di sponsor oleh staf jugak. Kami selalu buat deco untuk majlis jamuan raya hospital dan jamuan raya jabatan. Tu yang ada banyak juga barang deco.
Senang sangat nak deco dessert table ni. Letak-letak je asal nampak cantik tu kira ok la. Sekarang pun ramai buat service sewa barang dessert table. Macam berminat nak buat tapi tu la takut sekerat jalan je nanti lepas tu malas. Hahaha.
Kalau ikutkan boleh je sebab Cie dah biasa berniaga. Setakat promote tu senang je. Sekarang pulak zaman dihujung jari lagi mudah. Tapi tu la dah masuk umur 40 tahun ni kan dah malas nak fikir benda-benda lain selain dari kerja dan keluarga je.
Tapi taktau la nanti kalau rasa bosan duk saja dan plan nak pencen awal why not cuba buat bisnes dessert table pulak kan.
sedap tu..suka cream puff...Alhamduiilah ada yg bg sponsor...colek buah! terbaik!!
ReplyDeleteDesert macam ni biasa jumpa di hotel². Typical Malaysia Hotel. Hehe
ReplyDeletemeriah hidangan desertnyer
ReplyDeletesedap2 dessertnya
ReplyDelete