My Big Families - Blog Roziah Muhammad Nor

Saturday, December 28, 2024

My Big Families

Awal bulan 11 hari tu my big families berkumpul bagi menghadiri majlis perkahwinan anak buah Cie. Anak kepada kakak Cie yang nombor 2. Cie ada 8 orang adik beradik. Cie anak yang ke 8. Bongsu la kiranya. Anak buah Cie yang dah berkahwin ada 5 orang semuanya.

My Big Families
5 orang sebelah kanan bawah stage tu je bukan family Cie. Kanan sekali tu kawan pengantin, yang 4 beranak tu family adik ipar abang kelima. Ada lagi sorang anak dia atas stage

Masa ni family abang ketiga dah balik

Anak buah memang ramai la tak terkira dah berapa orang. Ada cucu jugak dah. Anak abang yang ketiga dah berkahwin dan ada anak. So kira pangkat nenek dah la. Ada 6 orang cucu semuanya perempuan.

Lama dah my big families ni tak berkumpul. Last kami jumpa dan berkumpul ramai-ramai masa ayah meninggal awal bulan 11 tahun 2020. Almost 4 tahun la dah. Cuma ada berkumpul tapi bukan semua ada. Ada jela yang tak dapat join.

Kali ni di majlis perkahwinan anak buah Cie ni pun ada juga tak dapat join. Family kakak nombor 4, anak kakak nombor 7 dan anak-anak abang nombor 3 kerana kekangan kerja. Nak buat macam mana kan tak dapat nak elak kalau melibatkan kerja ni. 

Dapat berkumpul mana yang ada pun dah seronok. Kalau takde kenduri besar macam ni memang susah nak berkumpul. Raya pun susah nak dapat kumpul ramai-ramai. Bila mak ayah dah takde ni susah sikit nak dapat berkumpul ramai-ramai.

8 Orang Adik Beradik

Kakak Sulung

Kakak sulung Cie berkahwin dengan orang Pekan. Menetap di kampung dan menjaga rumah pusaka keluarga. Ada seorang je anak lelaki tunggal. Kakak sulung Cie nama Romizah. Abang ipar Cie diserang strok dah hampir 2 tahun rasanya. Boleh berjalan cuma ada masa kena pakai tongkat. Kakak sulung Cie bekerja sebagai kerani di kilang kat kampung.

My Big Families
Abang ipar je takde dalam gambar

Kakak Kedua

Kakak kedua Cie namanya Roshidah. Berkahwin dengan orang Negeri Sembilan. Mempunyai 4 orang anak. Anak sulung kakak Cie ni OKU (cerebral palsy). Menetap di kampung juga. Rumahnya berdekatan juga dengan rumah pusaka mak ayah. Kakak kedua Cie surirumah.

My Big Families
Family kakak kedua. Yang sulung tu je takde dalam gambar. Yang kahwin ni anak perempuan kedua

Abang Ketiga

Abang ketiga namanya Nazaruddin. Berkahwin dengan orang Terengganu dan menetap di Terengganu juga. Abang ketiga Cie ni pun kena strok dah lebih 5 tahun rasanya. Boleh berjalan menggunakan tongkat. Abang Cie seorang guru. Masa dia diserang strok tu dia dah bertugas sebagai Pegawai PPD so bila dah kena strok terpaksa la masuk mengajar semula. Abang ketiga ada 6 orang anak. 3 orang anak beliau dah pun berkahwin dan masing-masing dah mempunyai 2 orang anak.

Family abang ketiga. Anaknya 2 orang takde yang nombor 2 dan yang bongsu. Cucu pun 4 je ada ni. Family paling besar abang Cie ketiga ni

Kakak Keempat

Kakak keempat ni namanya Rozilah. Berkahwin dengan orang Pulau Pinang dan menetap di sana sejak kahwin. kakak keempat  surirumah. Mempunyai 3 orang anak. Kakak yang ni jarang balik. Selalu balik kejap-kejap je. Takde gambar family kakak keempat ni sebab takde balik kenduri.

Abang Kelima

Abang kelima namanya Shaharuddin. Berkahwin dengan orang Terengganu. Menetap di Pekan. Bertugas sebagai Ketua Penolong Mufti. Abang kelima ada 5 orang anak.

My Big Families
Family abang kelima semua ada ni

Kakak Keenam

Kakak keenam namanya Rohimah. Berkahwin dengan orang Bentong dan menetap di Bentong. Kakak keenam ni menjadi guru PASTI. Mempunyai 3 orang anak.

My Big Families
Family kakak keenam. Anak sulungnya je takde balik

Kakak Ketujuh

Kakak ketujuh namanya Rohafizah. Berkahwin dengan orang Pulau Pinang dan kini menetap di Manjung Perak. Bertugas sebagai Jururawat. Mempunyai 2 orang anak.

My Big Families
Kakak ketujuh. 2 orang je anaknya lelaki

Cie Yang Kelapan

Nama Cie Roziah. Cie tu panggilan je sejak dari kecil. Cie ni berkahwin dengan orang 1 daerah je cuma kampung je lain. Cie jela yang berkahwin dengan orang dekat je. Mempunyai 2 orang anak. Bertugas sebagai Penolong Pegawai Penyediaan Makanan.

My Big Families
Family Cie

My Big Families

8 orang adik beradik. 2 lelaki dan 6 orang perempuan. Masa kecil mungkin rasa ramai 8 beradik ni tapi bila dah besar dan dah berkahwin semuanya rasa sikit pulak adik beradik.

Abang ketiga dah balik Terengganu masa ni. Kakak keempat tak balik

Kalau berkumpul semua memang meriah. Macam kenduri dah ada ramai. Tapi tu la agak susah nak dapat kumpulkan semua sekaligus. Harapnya ada la masa nanti dapat berkumpul semua adik beradik, ipar duai, anak saudara dan cucu-cucu.

4 comments:

  1. Seronok adik beradik ramai. saya 4 orang ajer.

    ReplyDelete
  2. Saya ada 9 orang adik beradik. Saya nombor 8. Hehe

    ReplyDelete
  3. Best nyer adik beradik ramai 8 org... Kita adik beradik 4 org semua duduk jauh2 huhu.. btw best nyer bila kumpul ramai2 mcm ni... Semoga yg kena strok diberi kesembuhan amin..

    ReplyDelete