BS Freshmart
Suka beli barang dapur kat BS Freshmart. Sayur dan lauk la beli kat sini. Bahan kering sikit je yang dah betul-betul habis baru beli. Selalunya bahan kering stok sebulan beli kat TF Value Mart. Jarang-jarang membeli kat TMG dan Pasar Mini Ria.
Watsons
Kalau ikutkan takde apa nak beli kat sini. Tapi sebab nak redeem points akan tamat pada 31 Disember 2024 ni tu yang singgah jugak la ambil apa yang patut. Shower gel untuk anak-anak, face mask untuk ibu dan wet tissue untuk stok. Sampai je rumah nak simpan kat rak sekali tengok la yang beli entah bila wet tissue tu ada 3 pack lagi. Matilanakkkk. Hahahah. Boleh simpan stok 1-2 tahun lagi la tu mujur lambat lagi expired.
Kedai Eco
Nak cari double sided dah gel pen hitam je kat sini. Tapi bila masuk kedai saka ni memang main ambil jela kan. Sudahnya tak muat tangan. Beg tak bawak so kena la beli beg eco jugak 1. Sekarang ni kedai eco dah takde plastik beg. Selalu lupa nak bawak beg terpaksa la beli kalau terbeli banyak barang. Kebetulan pulak beg dia cantik tu yang pejam mata la ambil 1.
7-Eleven Cafe
Ni pun antara kedai favourite setiap kali keluar rumah je mesti nak menyinggah. Iced caramel latte wajib la beli kat sini. Makanan lain tu ikut mood bertukar-tukar juga tiap kali datang ke 7-Eleven Cafe.
Selesai dah shopping apa hari ni, balik la ke rumah settle apa yang patut. Begini la rutin kami hampir setiap minggu. Hari Sabtu hari shopping apa yang patut. Kalau takde ke mana la hari Sabtu. Kalau Sabtu ada urusan, Ahad la menjadi hari shopping apa yang patut.
No comments:
Post a Comment