Dah sebulan baru berkesempatan nak share cerita temujanji kedua Klinik Pakar ENT pada 28 November 2024 yang lepas. Bagi yang belum tau Cie di diagnose acute sinusitis. Bulan oktober hari tu temujanji pertama klinik pakar ENT.
Untuk temujanji kedua klinik pakar ENT ni Cie datang awal juga dari masa yang ditetapkan. Nak kena daftar di kaunter hasil dulu dan baru la naik ke klinik pakar ENT di tingkat 1. Cie sampai je dah ramai orang. Cie orang ke 10-11 macam tu la kot.
Mulanya Cie ingatkan nak tunggu je. Tapi macam buang masa pulak. Cie decide balik office dulu la. Nanti datang semula. Kelebihan kerja hospital kalau ada temujanji kita boleh dapat time slip. Lagipun dekat sangat office Cie dan klinik pakar ENT tu tak sampai 5 minit berjalan kaki. Cie pun balik office kejap.
Hampir sejam macam tu Cie datang semula. Lalu je depan kaunter daftar PPK bertugas kata doktor dah panggil tadi. Ah sudah Cie pun laju jela jalan tengok nombor Cie ada je lagi atas meja tu. Tadi doktor panggil Cie takde maybe dia panggil orang lain dah. Tak lama je lepas Cie duduk nama Cie dipanggil semula.
Doktor pun mulakan dengan sesi soal jawab. Tanya macam mana keadaan dan sebagainya. Jawapannya sama je. Cie ada demam in between selepas temujanji pertama dan sebelum temujanji kedua. Demam pun rasanya sebab sinus tu jugak.
Doktor pun bawak Cie ke bilik rawatan untuk buat prosedur endoskopi hidung. Macam biasa doktor cakap takde apa-apa pun. Lendir ke nanah ke apa memang takde.
Selepas prosedur endoskopi tu Cie masuk bilik doktor semula. Waktu tu la doktor explain pasal septum hidung bengkok. Katanya masalah ni berlaku sejak lahir lagi. Cie pun macam terkedu kejap.
Mengikut penerangan doktor tu, septum hidung ni dinding dalam hidung yang membahagikan ruang hidup kepada 2. Kalau septum hidung ideal terletak betul-betul di garis tengah. Kiranya bahagian kiri dan kanan hidung saiz sama je. Kes Cie ni tak sama septum hidung bengkok sikit.
So bila septum hidung bengkok ni boleh menyebabkan jangkitan sinus yang kronik. Sebab septum yang bengkok boleh menghalang pengaliran sinus dan menyebabkan jangkitan sinus yang berulang.
Septum hidung bengkok Cie ni sebelah kanan. Tu yang rasa sebelah kanan ni yang problem. Entahla boleh sembuh atau tak ni.
Macam biasa la selesai je penerangan tu doktor bagi slip ubat dan tarikh temujanji next pula untuk temujanji ketiga klinik pakar ENT. Bila boleh discharged? Hanya Allah lebih mengetahui. Doakan semoga cepat discharged dan hilang masalah sinus ni.
Doktor bagi juga free sinus rinse katanya supplier ada bagi sample. Cie dah beli kat Shopee sinus rinse. Dah doktor tu bagi Cie ambil jela boleh pakai nanti lepas yang Cie beli tu dah tak pakai. Kalau tengok kat botol tu boleh pakai 3 bulan je lepas tu kena tukar.
Lepas jumpa doktor tu terus ke farmasi untuk ambil ubat. Kali ni nasal spray jenis lain pulak. Dah lebih 5 jenis rasanya nasal spray yang Cie dapat. Semua jenis berbeza.
Kali ni dapat menthol crystal pulak. Larutkan dalam air dan hidu. Bila berangin tu akan kurangkan ketidakselesaan hidung. Yang lain tu sama je dapat dengan yang masa temujanji pertama klinik pakar ENT hari tu.
Semoga dipermudahkan segala urusan dan kembali sembuh seperti sedia kala.
ReplyDeleteSemoga dipermudahkan segala urusan.. Aamiin
ReplyDeleteSemoga dipermudahkan urusan Cie 🤲🏻
ReplyDeleteSemoga cepat sembuh masalah Cie. Tapi tu la, untung gak kerja kat hospital ni, boleh balik office jap eh, hihi.
ReplyDelete