Dah hampir sebulan berlalu Annual Dinner Tema Casual tak habis lagi cerita. Kali ni Cie nak share games yang kami main malam Annual Dinner tu. Games ni sesuai untuk Annual Dinner atau family day. Seronok juga main games macam ni.
Hadiah yang disediakan pun hasil sumbangan sesama kami je. Ada hadiah mahal, ada hadiah murah. Tu semua tak penting. Yang penting semua happy dan enjoy main semua games annual dinner yang best.
Games Annual Dinner / Games Family Day
1. Games Tarik Hadiah
Games ni staf Cie buat menggunakan paper plate dan tali. Mereka tampal tali dan nama hadiah pada paper plate tu. Peserta games tarik hadiah hanya perlu tarik je tali tu dan ambil paper plate. Boleh buka kertas yang tertulis nama hadiah. Tak semua paper plate tu ada nama hadiah. Ada juga yang hanya ditulis “sila cuba lagi”, “cuba lagi tahun depan”.
2. Games Cedok Jajan
Untuk games cedok jajan ni ada pelbagai jenis jajan dan gula-gula dicampur je sekali. Perlu ada bakul dan peralatan nak cedok kami guna sudip. Sudip Cie bawa dari rumah je. Siap bawa plastik untuk peserta cedok jajan bungkus jajan yang mereka dapat. Mata peserta games cedok jajan akan ditutup dan barulah boleh mula mencedok jajan yang diletak atas meja. 3 kali cedok je. Bukan anak-anak je teruja main games cedok jajan ni, parents pun join sekali.
3. Games Roda Hadiah
Wheels Cie beli kat Shopee. Rupanya cenonet kecil je. Boleh la buat ghaso ghaso main games annual dinner. Nama hadiah ditampal pada wheels. Ada juga yang tiada hadiah. Ikut nasib la kat mana berhenti wheels tu selepas diputar.
4. Games Teka Botol
Games teka botol ni hanya perlu susun botol yang disediakan. Ada 4 botol yang berbeza. Kalau betul susunan baru la boleh dapat hadiah. Hadiah pulak kena gaul bola dalam bakul yang disediakan. Kena buka bola tu ada nama hadiah.
Setiap tahun annual dinner kami buat games yang berbeza supaya takdela bosan setiap tahun main games yang sama je. Saja selit main games sebab takde program lain pun masa dinner tu. Makan, karaoke, cabutan bertuah. Tu jela. Ada games ni ada la aktiviti sikit kan.
Game teka botol tu ralit betul ammi tengok kalau kat TT. Rasanya mcm first video game ni ammi tgk org Brazil yg main
ReplyDelete