Pusat Sains Negara Bukit Kiara - Blog Roziah Muhammad Nor

Wednesday, December 25, 2024

Pusat Sains Negara Bukit Kiara

PUSAT SAINS NEGARA, BUKIT KIARA

Sabtu minggu lepas 21 Disember 2024 last minute plan ke Pusat Sains Negara Bukit Kiara. Plan asalnya nak ke tempat lain. Bertukar ke Pusat Sains Negara. Book tiket online je masa dah nak sampai tol gombak.

Pusat Sains Negara Bukit Kiara

Pusat Sains Negara Bukit Kiara

Terfikir nak ke Pusat Sains Negara ni sebab minggu sebelum tu Kakak Raisha join rombongan sekolah cuma pergi ke Planetarium Negara je. Kakak Raisha kata takde apa sangat. Tu yang Cie fikir pergi jela Pusat Sains Negara Bukit Kiara ni.

Pusat Sains Negara Bukit Kiara

Saja nak bagi bermanfaat sikit trip kali ni. Takdela semata turun KL nak shopping. At least dapat explore something. Tujuan asal memang nak shopping kat AEON ada 1 brand tu yang hanya ada di AEON je. Kang suami jeling pulak kan semata nak ke situ je. Kita tambah la aktiviti lain supaya lebih berbaloi turun KL ni.

Harga Tiket Masuk Pusat Sains Negara

Harga tiket nak masuk ke PSN ni rm6 untuk yang berumur 13 hingga 55 tahun, rm3 untuk kanak-kanak 7-12 tahun dan warga emas berusia 55 tahun ke atas. Kanak-kanak 6 tahun ke bawah dan OKU percuma sahaja.

Boleh book online je nanti akan dapat QR code untuk scan masa nak masuk ke ruang pameran.

Dalam tu ada juga tempat permainan. So perlu beli tiket tambahan kalau nak masuk ke tempat permainan tu. Cie tak ambil tiket tambahan tu. Just masuk tengok pameran-pameran tu je.

Kemudahan Yang Ada Di Pusat Sains Negara

Ruang pameran sangat luas, ada toilet, ada surau, ada food court. Selesa la nak bawak anak-anak explore dunia sains dan teknologi ni. Kat ruang luar Pusat Sains Negara ni ada juga booth makanan ada jual air, aiskrim dan makanan. Tak pasti booth ni dibuka waktu cuti sekolah sahaja atau sentiasa ada.

Kat pintu masuk ada pameran pelbagai jenis ikan. Besar kecil semua ada. Terpegun tengok ada macam-macam jenis ikan. 

Pusat Sains Negara Bukit Kiara

Pusat Sains Negara Bukit Kiara

Pusat Sains Negara Bukit Kiara

Pusat Sains Negara Bukit Kiara

Pusat Sains Negara Bukit Kiara

Pusat Sains Negara Bukit Kiara

Ruang parking juga disediakan. Parking percuma sahaja cuma jauh sikit la nak berjalan ke Pusat Sains Negara tu. Kat depan Pusat Sains Negara tu takde ruang parking cuma boleh drop penumpang sahaja. Kami tak turun pun kat situ. Saja pusing nak tengok keadaan atas tu rupanya takde parking disediakan. Takpela boleh excercise sikit.

Pusat Sains Negara Bukit Kiara

Aktiviti Di Pusat Sains Negara

Ada macam-macam teknologi dahulu dan sekarang. Boleh la kita tengok yang dahulu masih menggunakan teknologi manual je.

Ada juga show yang disediakan 2 kali sehari. Masa kami sampai tu show dah takde. Sebelah pagi & petang je. Kami sampai tengahari. Masa kami tengok pameran tu ada juga mereka sediakan kuiz online kahoot! Cie tak join pun sebab masa tu dah nak balik. 

Kat situ ada juga service ambil gambar dan boleh terus print. Tak sure berapa Cie tak tanya. Rasanya fridge magnet yang boleh print gambar kita.

Pusat Sains Negara Bukit Kiara

Pusat Sains Negara Bukit Kiara

Pusat Sains Negara Bukit Kiara

Pusat Sains Negara Bukit Kiara

Pusat Sains Negara Bukit Kiara

Pusat Sains Negara Bukit Kiara

Souvenir Shops Pusat Sains Negara

Kat pintu keluar tu ada souvenir shops sempat la Cie beli fridge magnet rm10. Banyak souvenir lain juga macam buku, pen, tempat letak pen dan macam-macam lagi. Cie dapat fridge magnet pun dah ok. Seronok mengumpul fridge magnet ni.

Pusat Sains Negara Bukit Kiara

Pusat Sains Negara Bukit Kiara

Pengalaman Lawatan Ke Pusat Sains Negara

Banyak la yang kita boleh pelajari kat Pusat Sains Negara Bukit Kiara ni. Bukan anak-anak je dapat ilmu, kita yang dewasa ni pun boleh tambah ilmu pengetahuan tentang sains dan teknologi. Tak rugi langsung plan buat lawatan ke Pusat Sains Negara ni.

Cuti sekolah ni boleh bawak anak-anak ke Pusat Sains Negara Bukit Kiara ni. Harga tiket pun berpatutan.

Banyak gambar Cie upload kat facebook je dalam album Pusat Sains Negara

5 comments:

  1. Memang best dah pergi dengan anak2 dulu. Yang tua pun sama seronok. Ada aktiviti macam2.

    ReplyDelete
  2. Dekat dah dengan PSN nie.. Tapi, tak sampai lagi...

    ReplyDelete
  3. Tak pernah sampai lagi PSN ni. Bukan anak-anak seronok, kita pun sama teruja.

    ReplyDelete
  4. Menarik ni... Tp sbb dekat, tak sampai² lagi 😅
    Yg jauh² di KT & Alor Star dah sampai :)

    ReplyDelete
  5. Anak-anak Cie mesti suka kan.
    Dulu masa anak-anak akak masih primary school few times juga datang sebab diorang suka explore tempat-tempat gini.

    ReplyDelete