Makan Di Mikha Sup - Blog Roziah Muhammad Nor

Wednesday, December 25, 2024

Makan Di Mikha Sup

Hari cuti ni kita berehat la tak masak lunch. Sarapan je tadi masak kuetiau goreng. Lunch malas dah nak masak. Kebetulan adik Rania nak makan sushi. Kat sini ada kedai Fiza Sushi. Masa kami sampai 2 lebiu tadi staf rehat / solat ada tulis kat situ.

Malas nak menunggu ajak husband tengok kat cawangan Fiza Sushi lagi satu tu tutup pulak. Akhirnya tanya anak-anak nak makan mana. Kakak Raisha ajak makan di Mikha Sup.

Makan Di Mikha Sup

Makan Di Mikha Sup

Makan Di Mikha Sup

Makan Di Mikha Sup

Mujur buka Mikha Sup. Banyak kedai tutup hari cuti. Hari cuti la orang bekerja keluar cari makan semua pakat berehat malas nak masak. Kosong takde customer kat Mikha Sup ni.

Makan Di Mikha Sup

Cie order nasi mikha sup special. Ada nasi putih, ulam timun, sambal, sup campur dan telur dadar. Sup campur tu ada daging, tulang, ayam, perut, urat keting. Air Cie order air botol soda.

Makan Di Mikha Sup

Husband order nasi ayam dan laici kang. Ada juga menu nasi ayam kat situ selain best seller mereka aneka jenis sup.

Makan Di Mikha Sup

Makan Di Mikha Sup

Kakak Raisha order nasi putih, sup daging, ada ulam timun, sambal dan juga tambah telur dadar. Kakak Raisha tak order air. Dia ambil air sejuk ada disediakan percuma di Mikha Sup.

Makan Di Mikha Sup

Adik Rania pulak order mi sup ayam je dia taknak makan nasi. Adik Rania order juga air botol sarsi.

Makan Di Mikha Sup

Kami order juga keropok lekor goreng. Sedap keropok lekor kat Mikha Sup ni.

Makan Di Mikha Sup

Lepas balik dari makan di Mikha Sup tu kami singgah kat kedai perabot kejap tengok tilam. Nak beli tilam baru pulak. Lepas tu baru singgah semula kat Fiza Sushi tapau jela.

4 comments:

  1. Sekarang dah banyak orang jual sushi dengan pelbagai jenama kan. Sushi pulak topping/filling ikut selera orang Malaysia.

    ReplyDelete
  2. Ada juga rezeki makan sushi akhirnya ye. Senyumlah Kakak tu :D
    Seronok tak ramai orang, santai & tenang je makan :)

    ReplyDelete
  3. Waktu baca entry ni, tengah menahan sejuk aircond di tempat kerja. Membayangkan hirup sup panas2.. sedapnya.

    ReplyDelete