Cie beli panties brand Scarlet yang hanya ada di AEON je. Dah biasa pakai brand tu dari dulu lagi. Tu yang shopping di AEON juga la.
Nak taknak kena la turun KL juga kalau nak membeli brand Scarlet tu. Semata-mata nak membeli tu turun KL kan tu yang cari juga aktiviti lain supaya takdela suami jeling nanti. Hahahaha.
Pagi gerak dari Lipis 21 Oktober 2024 tu. Sampai je ke Pusat Sains Negara Bukit Kiara dah tengahari. Lepas dah habis lawatan tu terus ke Paradigm Mall Lunch Di Kenny Rogers dan akhir sekali tengok filem Babah di GSC.
Lepas tu la baru gerak ke AEON Wangsa Maju. Sampai ke AEON Wangsa Maju dah pukul 8 macam tu. Cepat-cepat shopping brand scarlet tu dan sempat juga beli seluar dan baju. Mulanya nak cari kasut kerja sekali tapi takde yang berkenan di hati pulak.
Masa nak bayar kat kaunter tu cashier tanya la ada member card. Dengan confident bagi ke cashier. Cashier swipe je tak boleh sekali cashier tengok dah expired ni kak. Hahaha. Dia suruh renew dulu kat customer service tingkat 2. Katanya dapat voucher nanti RM10.
Renew kejap je takde orang pun kat customer service tu. Nanti CS akan minta IC dan kad yang expired tu. Lepas tu katanya nanti akan ditolak RM12. Baki dalam tu ada RM16 je. Bayar sesaja jela sebenarnya jarang datang shopping di AEON pun.
Kalau dulu masa duk Subang memang kerap datang banyak la dapat voucher. Masa tu Jusco. Kad dia pun bertukar-tukar. Kena renew setiap tahun.
Cie pun berangan ok la ni kang dapat guna voucher. Lepas dah renew terus ke cashier semula. Cashier pun settle punch semua belian dan bagi la resit yang ada voucher sekali pada resit tu. Sekali cashier kata voucher tu boleh guna start Isnin ye bermakna 23 Disember 2024 baru boleh guna. Valid sampai awal bulan 1 2025 je.
Dah tu memang takdela dapat guna dah kitanya bukan duk KL pun. Burn jela voucher tu tak boleh guna. Takde rezeki. Shopping di AEON ni jarang-jarang je dah sekarang ni. Selalu shopping kat Padini. Untuk baju anak-anak pun banyak beli kat Padini je dah.
AEON je masih guna member card. Kebanyakkan dah guna apps je untuk scan membership tu. Bila la mereka nak upgrade tu.
aeon wangsa maju ni dlu2 slalu gk pegi tp dh ada yg paling dkt ngan umah...kdg2 je la pegi....dlu2 voucher tk de expired tp skarang dh ada expired....aeon ada apps ...aritu kad tk bole guna so die scan guna apps
ReplyDeleteJauh tu dia shopping..linda pun tak sampai lagi Aeon Wangsa Maju nie...
ReplyDeleteTudiaaa...jauh dia shopping..kak SA pun suka brand scarlet tu...ekonomi dan selesa sangat...
ReplyDeleteitu brand pakaian dalaman utk anak dara ammi. bawak ke asrama kalau tercicir pun takdelah ralat nau.
ReplyDeleteTak jadi member, sebab malas nak renew setiap tahun. Salam kenal, Cie. Saya singgah balas dan follow blog.
ReplyDeletealaa Cie kak ana baru pii Ahad lepas Alpha Angel ni hehe , dulu masa duk Ukay Perdana dan Keramat memang rajin ke sini selesa sekarang ni kan dah upgrade banyak :)
ReplyDeleteTempat Akk selalu shopping ni :D
ReplyDeleteAkk pula lagi suka pakai kad, sejenis malas nak download apps. Old school sikit haha...
Kalau dah selesa shopping di situ why not kan.. boleh jalan-jalan tempat lain juga.
ReplyDeleteAkak pernah sekali je ada kad membership Jusco dulu. Tak renew sebab jarang ke JJ walau ada yang berdekatan.