Cuti Rehat Tahunan 2 Hari - Blog Roziah Muhammad Nor

Thursday, December 26, 2024

Cuti Rehat Tahunan 2 Hari

Semalam Hari Kelepasan Am cuti krismas. Maka nya Cie pun sambung la cuti 2 hari dah alang-alang hujung tahun dah dan cuti sekolah. Cie pun ambil la cuti rehat tahunan 2 hari.

Cuti Rehat Tahunan Cie berbaki 18 hari lagi untuk tahun ni. Kelayakan tahunan 30 hari. Cuti dari tahun lepas pun ada carry forward. Beberapa tahun ni kurang ambil cuti rehat sebab busy dengan kerja.

Cuti Rehat Tahunan 2 Hari

Dari 18 hari tu 15 hari Cie simpan ke GCR (Ganjaran Cuti Rehat). 3 hari lagi Cie carry forward ke tahun hadapan. So tahun hadapan cuti rehat Cie akan jadi 33 hari. GCR Cie baru 65 hari termasuk yang baru simpan tahun ni. 

Kena kumpul 180 hari untuk melayakkan dapat Ganjaran Cuti Rehat sewaktu pencen nanti. Kalau dipanjangkan usia sempat la merasa nanti tu pun lambat lagi 18 tahun.

Ni saja ambil cuti rehat tahunan 2 hari sebab nak berehat je kat rumah. Takde ke mana-mana pun. Hari ni ada la aktiviti sikit dari pagi sampai malam memang full dengan aktiviti sendiri. Takdela buang masa je hari cuti.

Perpustakaan Awam Kuala Lipis

Selepas sarapan pagi tadi ajak anak-anak ke Perpustakaan Awam. Cie nak guna wifi kat situ. Nak transfer gambar dari google photo ke external hard disk. Lagipun kakak Raisha nak penuhkan buku nilam dia. Lama juga kat situ dari pagi sampai tengahari.

Cuti Rehat Tahunan 2 Hari

Tea Live Kuala Lipis

Masa tengah syok transfer gambar tadi ada dapat notification dari apps Tea Live kata hari ni last day voucher beli 2 air dapat harga RM12. Terus laju-laju guna voucher. Lepas keluar Perpustakaan Awam terus ke Tea Live. Pick up je sebab dah order melalui apps je.

Cuti Rehat Tahunan 2 Hari

Cuti Rehat Tahunan 2 Hari

Cuti Rehat Tahunan 2 Hari

Josi Donut

Settle dah pick up Tea Live, terus ke Josi Donut pulak nak beli waffle. Waffle kat situ best tebal dan lembut. Nampak mushroom soup dan garlic bread order jugak. Waffle Cie pilih peanut butter dan coklat. Memang selalu order yang ni je flavour. Sedap jugak mushroom soup dan garlic bread tu lembut sangat. Anak-anak pun suka.

Cuti Rehat Tahunan 2 Hari

Cuti Rehat Tahunan 2 Hari

Transfer Gambar

Lepas solat Zohor terus lunch dengan anak-anak. Lepas tu sambung semula transfer gambar dan buat album senang nak cari nanti. Cie memang suka bergambar so gambar memamg banyak. Sayang pulak kalau tak transfer.

Kuota google photo ada 100gb je. Kat icloud Cie cuma ambil 50gb saja. Guna google photo senang kot nanti kita dah taknak pakai iphone gambar kita masih ada kalau nak guna kat handphone lain. Kalau guna icloud ni iphone jela boleh.

Yang mana gambar-gambar lama Cie delete je dari google photo sebab dah save kat external hard disk. Harap-harap external hard disk tu tak corrupt la kalau tak jenuh hilang semua gambar tu. Gambar kenangan banyak. Memang sejenis suka ambil gambar banyak-banyak.

Pukul 3 masih tak siap transfer lagi. Cie pun mengantuk sesangat sempat la nap sekejap. 4.30 petang bangun. Lepas solat Asar terus sambung transfer lagi. Stop sekejap pukul 6 nak masak. Lepas Maghrib sambung lagi sampai la lepas Isyak baru siap transfer semua gambar. Lega bila dah siap.

Boleh la update entry untuk aktiviti cuti rehat tahunan 2 hari ni. Masih ada berbaki esok sehari cuti rehat tahunan. Taktau nak buat apa pulak esok. Sabtu dan ahad memang cuti hujung minggu. Nanti la fikir aktiviti apa nak buat.

5 comments:

  1. Banyaknya cuti dia...
    GCR linda baru ada 7 hari

    ReplyDelete
  2. Samalah.. Minggu lepas dah masukkan GCR. sedikit lagi nak sampai 180 hari simpan GCR.

    ReplyDelete
  3. Penuh ya aktiviti seharian cuti Cie dan anak-anak...

    ReplyDelete
  4. Cuti yg bermanfaat ni...
    Garlic bread tu nampak sedap... Teringin la pulak ahahaha 😆

    ReplyDelete
  5. enjoy your holiday. abe kie cuma gunakan cuti sek secara berhemah. nak healing2 ke sekejap sbb bila hari persekolahan mmg bz dgn kelas memanjang...

    ReplyDelete