Tukang Jahit Segera - Blog Roziah Muhammad Nor

Monday, March 10, 2025

Tukang Jahit Segera

Tak pasal-pasal sesudah subuh Cie menjadi Tukang Jahit Segera dek kerana anak sulung  Cie si kakak Raisha pakai kain sekolah sekali tak boleh nak kancing. Rupanya hilang dah benda alah tu. Taktau jatuh masa cuci ke masa sidai. Babahnya yang cuci dah sidai memang tak perasan la.

Tukang Jahit Segera

Nasib la ibu ni ada masa jadi kedai runcit, ada masa jadi kedai buku, kadang-kadang jadi tukang jahit segera macam ni la. Mujur la kakak Raisha tu bersiap awal lepas je solat subuh dia terus pakai uniform sekolah. Kalau lewat tadi memang kelam kabut la ibu.

Menjahit ni bukan kepakaran Cie. Memang takde belajar menjahit pun. Cuma pernah la tengok arwah mak dan Kak Ngah menjahit. Mak Cie dulu memang ada mesin jahit. Hanya Kak Ngah je menurun bakat mak.

Cie ni setakat jahit butang tercabut, jahit sembat-sembat gitu boleh la. Pernah la juga menjahit manik kat lengan baju. Yang ni pun main sembat je asal boleh. Jahit tudung sekolah pun pandai jugak masa sekolah dulu la. Tengok kakak buat tudung sekolah kita tiru je. 

Pagi ni tak memasal la kena jadi tukang jahit segera. Pukul 6.34 pagi mula jahit, 6.43 pagi dah siap jahit. Sikit je pun sampai 9 minit. Hahaha. Orang expert tu 5 minit siap agaknya sikit je jahit hook kain tu je. Hook ke apa entah nama benda tu.

Tukang Jahit Segera

Tukang Jahit Segera

Mujur jugak la ada beli dan simpan kat dalam box jahit tu. Kalau tak mana nak cari di subuh hari hook kain tu. Dalam box jahit Cie tu macam-macam jenis butang dan warna butang ada. Jarum, benang semua ada. Cuma benang tu takdela semua warna ada. Bantai jela asalkan ada je.

7 comments:

  1. sempat menengok jam mula dna habis pukul berapa...

    ReplyDelete
  2. Rase mcm mak2 skrg elok jika ada basic skill mnjahit utk waktu2 kecemasan mcm ni =)

    ReplyDelete
  3. Mujurlah ada bahan gantian yang nak dijahit.

    ReplyDelete
  4. Memang kena sentiasa bersedia utk saat2 emergency gini

    ReplyDelete
  5. supermom! hehe serba serbi boleh

    ReplyDelete
  6. Menjahit simple2 reti tapi yang complicated tak reti

    ReplyDelete
  7. Tukang jahit expressss .. setakat butang tarcabut tu memang expresss kan ..mudah nk jahitkan balik ..

    ReplyDelete