Aktiviti Aidiladha Bersama Keluarga
Aktiviti Raya Bersama Keluarga – Eratkan Silaturrahim dengan Cara Simple
Hari raya Aidiladha ni selalunya kurang meriah berbanding hari raya Aidilfitri yang lebih sinonim dengan ziarah menziarahi. Hari raya Aidiladha ni lebih kepada aktiviti korban. Selepas solat kebanyakkan dah tukar baju raya kepada baju yang lebih selesa untuk aktiviti melapah haiwan korban.
Keluarga Cie takde buat korban jadinya kami busy beraya la. Aktiviti Aidiladha bersama keluarga jela. Husband je masuk korban di Kemboja. Solat raya tadi husband solat kat surau taman je.
Cie takde masak menu raya pun. Cuma semalam rebus nasi impit dalam periuk noxxa. Pagi tadi lepas subuh Cie panaskan kuah kacang instant yang Cie beli dari staf. Tak ingat beli bila. Tengok dalam fridge ada sebungkus yang dah dibuka. Tu yang habiskan terus jela.
Lepas husband solat kami terus bersiap nak beraya rumah kakak-kakak je. Raya Aidiladha ni sehari je. Esok dah back to normal melainkan kalau ada korban baru la sehingga 13 Zulhijjah. Iaitu 4 hari bermula dari 10 Zulhijjah.
Rumah pertama kami singgah ialah rumah kakak ipar Cie. Kakak husband yang sulung. Adik beradik husband ada 4 orang je. Husband anak keempat. Kami sama-sama bongsu. Sama-sama takde parents dah yang ada adik beradik jela. Masa kami sampai kat rumah kakak ipar tu abang ipar iaitu abang suami yang kedua baru je keluar so berjumpa di pertengahan jalan jela.
Kat rumah kakak ipar tadi ada macam-macam menu. Nasi impit kuah kacang, rendang ayam, rendang kambing, nasi putih, lemang. Cie ratah rendang kambing je tadi.
Selepas dari rumah kakak ipar tadi kami terus gerak ke rumah kakak Cie. Rumah Kak Ngah. Kak Ngah masak menu nasi dagang, gulai ayam, acar timun, lemang, rendang ayam pencen. Cie makan nasi dagang jela. Lemang tak minat sangat. Cie bagi Kak Ngah nasi impit dan kuah kacang Cie.
Lama juga kat rumah Kak Ngah dari pukul 10 lebih sampai pukul 1. Borak-borak pelbagai kisah tu yang lama. Cie, Kak Ngah dan anak buah borak kat dapur sambil makan. Bercawan-cawan dah teguk air teh Kak Ngah. Kak Ngah buat teh memang sedap tak boleh lawan teh ais tepi jalan tu.
Husband Cie pulak borak dengan husband anak buah kat ruang tamu. Kisah orang lelaki. Kami pulak kisah orang perempuan. Macam-macam la topik. Anak buah tu menikah bulan 11 tahun lepas. Husband dia memang suka beborak dengan husband Cie. Pakcik paling muda boleh la masuk berborak. Dalam family Cie pangkat pakcu la anak-anak buah panggil husband Cie.
Kak Ngah bagi bekalan mangga dan buah kuini bawak ke rumah kakak di Bentong. Kak Ngah dan anak menantu dia nak ke Cameron Highlands so tak ikut la kami ke Bentong.
Dalam pukul 1 Cie bergerak ke rumah kakak no 6 di Bentong. Cie 1 kereta dan Kak Long 1 kereta. Mereka 3 beranak je. Cie 4 beranak. Kami beraya di Bentong pulak. Saja je kalau tak raya susah nak jumpa adik beradik masing-masing busy dengan kerja dan urusan masing-masing.
Sampai kat rumah kakak kat Bentong ada macam-macam menu jugak. Ada nasi minyak, ayam masak merah, acar timun, lemang, rendang daging, nasi impit kuah kacang. Cie pun tadi bawak jugak nasi impit dah kuah kacang. Makan dan makan jela hari ni. Mujur la pagi tadi dah walking atas walking pad. Kak Long buat sambal kuini bantai je makan dengan nasi minyak.
Sambal kuini |
Petang sebelum tukar baju sempat la posing 4 beranak. Kena juga ada gambar family. Selalunya gambar Cie dan anak-anak jela banyak. Babahnya kurang bergambar.
Petang tadi pun brisk walk kat kawasan rumah kakak kat Bentong ni. Boleh la juga dapat 1.6km. Dengan kakak-kakak dan anak-anak Cie je. Kawasan perumahan kakak Cie ni ramai penduduk cina. Ramai aunty uncle excercise petang-petang. Dah berusia pun semangat beriadah petang-petang. Rasa tercabar pulak dengan aunty uncle tu. Kena rajin-rajin la lepas ni.
Dah dapat 1.6km tu baru la kami balik rumah. Bersiap mandi dan solat Maghrib. Makan dinner pulak sebelum balik. Rasa takde space dah perut ni tapi isi jugak la.
Menu biasa je dah malam tak lalu dah nak makan menu raya. Nasi putih, perut air asam, telur dadar, ikan pekasam, kincuk paku. Nasi ambil sikit je sebab tengok lauk mengancam sangat. Lauk simple macam tu memang menggoda.
Sebelum balik tadi kakak bagi daging korban sebekas. Abang ipar banyak bawak balik daging korban. Setiap tahun tempat abang ipar tu memang banyak buat korban. Rezeki kami la hari ni datang beraya dapat daging korban.
Teringat zaman-zaman dulu kat kampung banyak buat korban. Penuh la freezer dengan daging korban. Sekarang ni dah kurang. Kampung Cie pun kakak kata 2 ekor lembu je korban tahun ni.
Tamat cerita aktiviti Aidiladha bersama keluarga untuk tahun ini. Walaupun tak dapat berkumpul semua adik beradik takpela. Dalam group whatsapp pun riuh berkongsi menu dan cerita raya.
Dalam kegembiraan menyambut Aidiladha jauh disudut hati rindu memory menyambut raya bersama mak ayah. Memory yang hanya boleh diingati tapi dah tak boleh diulang. Begitulah kehidupan kita.
Waktu yang ada ni rakam seberapa banyak memory bersama suami, anak-anak, adik beradik. Sebab kita taktau bila masa kita semua akan dijemput ilahi.
Wah macam-macam aktiviti ye..seronok especially bab makan...macam2 hidangan dan juadah adanye..akak td pi rumah adik no 4 je...lepas tu balik rumah...
BalasPadam