Menu Kampung Yang Menyelerakan
Hari ni menu dinner Cie masak menu kampung yang menyelerakan. Kita ni asal dari kampung. Membesar dengan menu masakan kampung air tangan mak. Masa kecil dulu makan je apa mak hidangkan. Takdela memilih makan.
Sesedap mana pun menu masakan moden tak boleh lawan menu masakan kampung yang tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas. Betul ke tak peribahasa Cie ni. Hihi. Boleh menambah nasi la kalau makan menu masakan kampung ni. Kaya dengan rasa yang menyelerakan.
Kat Lipis ni ada banyak kedai yang menyajikan menu kampung yang menyelerakan. Orang luar yang datang ke Lipis memang teruja nak rasai keenakan menu masakan kampung. Masing-masing duk mencari patin tempoyak. Tapi kadang-kadang ada je kedai yang masak patin tempoyak tak sedap.
Kalau makan nasi campur kat kedai makan area Lipis ni Cie memang tak makan masak tempoyak. Pernah sekali tu husband order nasi dengan patin tempoyak. Rasa memang out. Tekak Cie hanya rasa masak tempoyak arwah mak dan kakak-kakak Cie je sedap. Selain dari tu ada juga la masakan dari orang lain yang Cie pernah rasa sedap.
Malam ni Cie masak ayam masak tempoyak, pucuk rebung goreng, ikan masin, ulam timun dan tomato. Memang takde idea dah sebenarnya nak masak apa. Menu sama duk ulang-ulang je. Tu yang hari ni masak menu kampung yang menyelerakan. Mengenang memori air tangan arwah mak.
Macam family Cie tak pekat sangat loghat kampung. Kampung ayah Cie pekat loghat sampaikan kadang-kadang kalau saudara mara ayah cakap sampai tak faham. Bahasa orang lama dulu. Adik beradik Cie biasa je bercakap cuma ada la sikit loghat kampung.
Adik beradik ramai duk luar kampung. Dah biasa bercampur orang dari negeri lain tu yang takdela pure sangat loghat kampung tu. Tapi masih boleh faham kalau dengar orang kampung bercakap dan kalau balik kampung kami still bercakap loghat kampung kami.
Pahang ni pulak luas dan setiap daerah ada loghat tersendiri. Kiranya tak sama la loghatnya tu. Tapi masih faham la maksudnya.
Tahun 2000 hingga 2001 Cie duduk asrama Sekolah Menengah Vokasional Puteri Temerloh. Sekarang ni dah tukar nama kepada Kolej Vokasional Puteri Temerloh. Kat sekolah tu la Cie bercampur dengan kawan-kawan dari daerah lain dan negeri lain.
Tahun 2002 hingga 2005 pulak belajar di Politeknik Johor Bharu yang sekarang pun dah tukar nama kepada Politeknik Ibrahim Sultan. Kat PJB tu jumpa kawan-kawan kebanyakkan dari negeri lain. Memang kurang la dah dengar loghat Pahang.
Habis belajar poli masuk alam pekerjaan duduk di KL Selangor memang kurang dah cakap Pahang. Tahun 2008 balik Pahang semula kerja di Jengka dah start balik cakap Pahang ramai geng.
Sekarang kerja kat Lipis memang bercampur la ada cakap loghat Lipis ada Bahasa Melayu standard kalau urusan kerja. Takkan nak cakap loghat Lepeh (Lipis dalam loghat Pahang) pulak kan.
Begitulah kita ni asal usul orang kampung je. Walaupun IC 14 lahir di Hospital Kuala Lumpur tapi dibesarkan di kampung. Lahir kat KL pun sebab ada masalah tak boleh nak lahir kat Lipis je tahun 1984 takde kemudahan lagi kat Hospital Lipis.
Jadinya menu kampung la menu paling menyelerakan. Kalau asal kampung acah-acah tak makan tempoyak tu mengada betul tau. Hahaah. Lidah Cie ni dari kecik dah makan tempoyak. Kalau orang luar Pahang masak tempoyak memang tak kena tekak.
Ada juga orang masak tempoyak letak santan. Tu memang bukan pure menu masakan kampung di Pahang. Masak tempoyak kami sama ada ayam atau ikan tak guna santan. Tu dah jadi masak lemak tempoyak.
Bawang pun takde dalam resipi masak tempoyak kami. Selalunya bahan basic adalah tempoyak, cili padi, kunyit. Betul-betul pure kena kunyit hidup tu. Kalau moden guna kunyit serbuk. Kunyit serbuk pun boleh buat sendiri kalau nak pure betul. Kakak Cie selalu buat homemade serbuk kunyit.
Boleh juga tambah daun kesum. Masak tempoyak ayam atau masak tempoyak ikan patin. Boleh letak daun kesum nanti bau nya tu wangi je. Bunga kantan pun boleh je letak kalau nak.
Banyak juga makanan lain boleh guna untuk masak tempoyak selain dari ayam atau ikan patin. Otak lembu, terung telunjuk, ubi keledek, ikan sungai, ikan air tawar, ikan laut. Pendek kata banyak jenis yang sesuai di masak tempoyak.
Pucuk rebung yang Cie goreng tu pun boleh masak tempoyak. Memang sesuai je cuma kalau orang luar Pahang mereka akan pelik sikit sebab tak biasa dengan tempoyak kan.
Cie suka pucuk rebung goreng. Mak dulu selalu buat. Buat pedas-pedas memang sedap. Semangkuk tu Cie boleh ratah je makan sorang. Anak-anak tak makan. Husband pulak makan cuma sikit je. Cie pernah share resipi Pucuk Rebung Goreng.
Beli sebungkus RM5 tu boleh la sekali masak kalau Cie buat goreng. Kalau masuk dalam ayam masak tempoyak atau ayam masak lemak Cie letak sikit je buat tambah-tambah je. Cie simpan dalam peti lepas tu tadi nak masak tengok dah macam bertukar warna dah tak putih. Tu yang goreng jela semua habiskan. Nanti boleh ratah je.
Selalu kalau balik kampung, menu kampung yang menyelerakan ni la jadi pilihan menu kami sekeluarga. Kalau berkumpul ramai-ramai memang menu moden tak laku sangat. Cie pulak jenis masak menu moden dan tak pandai sangat masak tempoyak.
Kalau balik kampung memang kakak Cie la masak tempoyak. Sama ada Kak Long atau Kak Ngah. Mereka memang power masak tempoyak. Jauh beza la dengan masak tempoyak Cie. Hahaha. Tapi boleh jela makan untuk kat rumah sendiri je. Masak untuk suami dan anak-anak. Tak hidang kat orang lain. Hihi
Bila mak dah takde, kakak-kakak la pengganti mak. Apa kakak-kakak masak semua sedap walaupun campak-campak je dalam kuali. Mak Cie dulu macam tu la. Masak apa je semua sedap. Rindu sangat masakan mak. Genap 15 tahun dah tak rasa masakan mak, tak dapat cium tangan mak, tak dapat peluk mak, tak dapat berkongsi cerita dengan mak. Cie anak bongsu memang rapat dengan mak. Bila mak dah takde macam sayap yang dah patah.
Alfatihah buat mak Allahyarhamah Zainab Mohd Zin
15 Ogos 1948 - 4 Jun 2010
my husband suka sgt menu2 kampung gini ;)
BalasPadamMenu kampung gini memang menggamit nostalgia... Ikan gelama kering tu mmg padu. Arwah mak Akk suka makan pulut gaul kelapa parut dgn ikan gelama kering ni la
BalasPadamRebung sampai sekarang tak reti nak makan.
BalasPadamMasakan pahang kalau menu kampung memang sedap terutamanya masak tempoyak ikan patin. Al fatihah juga buat aruah mak-mak yang telah meninggalkan kita anak-anak mereka yang tersayang.
BalasPadamEhhhh..Ayam pun bleh buat masak tempoyak ye? Igtkn ikan je =D
BalasPadammasakan kampung mmg best tp rebung tk mkn
BalasPadammasakan kampung mmg selalu membangkitkan selera cuma org2 muda skrg dah jarang didedahkan
BalasPadamTengok rebung tu rasa nak makan rebung plak..sedapnyaaaa
BalasPadamtak pernah rasa ayam masak tempoyak. kena rasa air tangan cie kot? nampak sedap ni. dapat pula ada sayur rebung tu. perghh
BalasPadamsy ada ikan masin dgn sayur goreng pun boleh bertambah2 nasi hehehe
BalasPadam