Kopi Kubo Tempoyang dan Kueh Lynn
Semalam seharian tak keluar rumah so hari ni kita jejak la kaki keluar rumah. Esok nak kerja dah. Tengahari tadi pergi ke Raub lunch di Sushi King. Balik rumah 3 lebih berehat kejap lepas Asar keluar semula pusing-pusing sekitar Lipis.
Kesian anak-anak bosan tu yang pusing-pusing jela kat sekitar Lipis ni. Nak beriadah ibu kemalasan lagi-lagi dah petang pun matahari memancar lagi. Tadi balik dari Raub pun dah sakit kepala. Cie tak tahan panas. Puteri lilin betul. Hihi. Tu yang tak aktif beriadah. Kalau pagi ok lagi takdela terik macam petang.
Pernah dulu masa lapor diri di Hospital Jengka sempat la join team volleyball sana. Mereka aktif main volleyball hampir setiap petang lepas waktu kerja akan turun padang. Mereka ajak Cie join la tapi tak bertahan lama sebab tak tahan panas. Turun court volleyball petang memang terik la mentari.
Masa sekolah form 4 hingga form 5 sekolah di Sekolah Menengah Vokasional Puteri (sekarang dah tukar nama kepada KV) Cie masuk kelab volleyball. Masa tu cuma ada netball, volleyball dan handball. Hanya volleyball je tak perlu berlari beria jadinya Cie join. Sekadar join jela tak boleh nak wakil sekolah. Hahah. Memang sejenis tak aktif bersukan.
Gitulah kan tu yang sekarang ni dah takde brisk walk. Walaupun badan dah berat ni. Dah klik walking pad harapnya tak menjadi tukun la Cie nak brisk walk atas walking pad je dah.
Petang tadi ajak husband pusing-pusing cari keropok lekor ke beli air ke petang-petang sedap juga layan. Bukan nak kurangkan kalori ni tapi menambah kalori pulak. Hahaha.
Husband ajak try kedai kopi baru Kopi Kubo Tempoyang dan Kueh Lynn. Kedai ni depan rumah je mereka buka. Tepi je jalan berhampiran dengan Laman Qaseh Tempoyang. Ada beberapa pilihan kopi yang disediakan.
Owner ni pernah jadi fotografer masa Cie kahwin dulu. Dia follow fotografer yang Cie hire tu. Kiranya second fotografer la dia ni. Lama dah tahun 2011 dulu. Husband biasa la dengan dia orang Lipis jugak.
Owner ni buat kopi, isterinya buat dessert. Pernah juga dulu order kuih puteri ayu untuk event sekolah KAFA anak. Sekarang ni isterinya buat pelbagai jenis dessert. Hari tu ada nampak dia susun atas meja. Tadi takde cuma kalau nak boleh order nanti dia bawak keluar dari rumah.
Tadi owner tu tanya nak tiramisu viral tak. Cie tanya anak-anak nak tak. Anak-anak kata nak. Cie pun order la sebekas. Kecil je sebekas tu. Harganya RM22. Makan terus dalam kereta habis sebekas. Sedap tiramisu dia.
Tiramisu ni lama dah sebenarnya. Entah baru ni taktau kenapa viral pulak. Yang Cie tau yang viral tu tiramisu Coffee Bean. Cie ni takde tiktok jadi apa yang viral ke fyp ke Cie memang terpaling lambat la tau. Tau pun bila tengok kat Facebook. Apa yang viral pun selalunya Cie memang takkan cari pun.
Tiramisu ni dulu-dulu antara kek kegemaran Cie sebab Cie suka kopi. Kalau bulan 11 masuk bulan birthday Cie memang Cie akan tukar profile picture gambar tiramisu. Memang suka betul dengan tiramisu. Zaman dulu profile picture facebook memang tak letak gambar sendiri. Hahah.
Profile picture Facebook 2010 |
Profile picture Facebook 2010 |
Profile picture Facebook 2009 |
Kopi pulak Cie order hazelnut latte tapi owner tersalah buat vanilla latte. Dia nak buat lain tadi semula tapi Cie kata takpela boleh je la. Cie minum je mana-mana takde masalah. Vanilla latte ni sedap boleh repeat lagi nanti kalau ke situ lagi.
Husband pulak order caramel macchiato. Yang ni bagi Cie kureng sikit. Cie ni peminat caramel macchiato. Kat Lipis ni ada 1 kedai je yang kena dengan tekak Cie tapi rasanya sekarang ni kedai tu dah tutup kalau lalu selalu tutup je. Kat situ memang sedap.
Total semua tadi RM41 tapi owner bagi diskaun RM1. Kebetulan tadi husband takde RM1. Cie nak ambil dalam kereta. Owner kata takpela bagi RM40 je tersalah buat air tadi katanya tolak je. Alhamdulillah.
Lepas dah membeli di Kopi Kubo Tempoyang dan Kueh Lynn tadi kami terus ke bandar. Pusing je jalan-jalan takde hala tuju. Sambil minum kopi dalam kereta. Macam ni la kami healing cara kami. Orang lain beriadah petang-petang, kami beriadah dalam kereta sambil mengopi. Hihi.
Pusing bandar lama tadi kebetulan abang Cie yang duduk Pekan tu ada balik dengan family dia. Mereka dari Nilai hadir kenduri kahwin. Dari Nilai tadi terus ke Lipis nak balik kampung. Cie singgah la jumpa mereka tadi. Sekejap je borak-borak lepas tu terus balik rumah.
Ajak abang singgah rumah dia malas dah penat nak balik terus kampung berehat. Anak buah yang drive. Anak-anak buah Cie semua dah besar. Anak buah paling kecil umur 10 tahun. Semua dah besar. Makcik pun dah tua. Hahaha.
Balik rumah dari pusing-pusing dah 6 lebih. Habis dah cuti 3 hari minggu ni. Esok kembali la rutin bekerja selama 3 hari sebelum mula cuti raya haji pulak. Seronok cuti boleh bermalasan kat rumah.
Eh sorry kak. Tadi dipostingan sebelum ini saya terbaca kakak kluar dari coffee bean Krn tak tahan bau kopi. Saya pikir karena kakak tak suka kopi. Ternyata suka. So kenapa dengan aroma kopi di coffee bean ya? Saya termasuk yg sukaaa sangat cium bau bubuk kopi 😄. Apalagi minum kopi 🤭
BalasPadamMenarik tempat kopi ini. Jual tiramisu pula
Bau kopi di CB kuat sangat sampai rasa sakit kepala.
PadamTak tahu la weather di Lipis mcm mana tapi di KL sekarang ni panas ya amat.. tak tahu dah berapa hari tak hujang huhuu.. ni pun lepak rumah tak sangguap nak kerayap ke luar huhuu..
BalasPadamSebekas RM22 tu... tapi kalau sedap kenapa tidak .. kena lah pd harga nya.. Macam menarik kedai dia.. suami buat coffee wife buat kek.. boleh la terjah kalau ada kerja ke lipis lagi..
BalasPadamA day well spent gitu👍👍
BalasPadamSini pun panas Cie...belengas je rasa...
BalasPadamAkk pun kalau yg viral ni malas nak cari. Biarlag org lain rebut dulu hehe
JB pun panas terik ni semalam, Cie. Hari ni tatawlah tapi pagi ni pun dah nampak memancar. Nampak sedap tiramisu tu, kalau RM22 memang tak patut la kalau tak sedap, hihihi.
BalasPadamSamalah kita memegang status puteri lilin sekarang. Dari nak turun, menambah kalori pulak ek. hihi...Sejak viral ni makin menaik harga tiramisu ni. Kalau sedap okay lagilah boleh terima. Husband and wife berniaga bersama-sama, semoga terus maju bisnes mereka.
BalasPadamWow..Menarik ni depan rumah je =D
BalasPadamsusah nak jumpa kopi yang sedap dan kena dengan tekak kita kan..
BalasPadamTiramisu tu tak tahulah kenapa tiba-tiba hype.. kikiki.. Sha suka ja tapi tak adalah nak mencari..
Tak rasa lagi tiramisu viral tu. Mesti sedap kan. Tiramisu biasa pun last makan tak ingat bila.
BalasPadamtiramisu ni skarang byk cafe dok buat sbb sana sini tgh viral tp tula dh lama org buat tiramisu since 2011 lg
BalasPadamSekarang mmng panas betul kan, rasa nak terbakar otak. Saya kadang2 gi beriadah time pagi pun rasa panas sbb tkde angin. Nak keluar kemana pun rasa malas
BalasPadamKannn tiba2 je tiramisu ni viral balik. Sekarang semua benda pun nk kne ada tiramisu pulak dah. Saya pulak jenis tk minum kopi, tak merasalah mende2 viral ni
betul tu Cie mmg skrg ni cuaca panas lin macam.. di Perak pun dah byk kali amaran cuaca panas melampau, mmg kena berjaga-jaga skrg ni.. Cie kena ada tiktok sbb kat tt sllu FYP dulu ehehehe
BalasPadam