Resipi Nasi Goreng Mudah Dan Telur Dadar

6/05/2025 09:58:00 PTG

Nasi Goreng Dan Telur Dadar Menu Ringkas Tapi Padu!

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog Cie! Hari ni Cie nak kongsi satu menu paling “penyelamat” dalam hidup seorang mak-mak yang takde idea nak masak iaitu nasi goreng dan telur dadar. 

Ya, memang biasa je menu nasi goreng dan telur dadar ni. Tapi siapa sangka menu simple macam ni boleh jadi hidangan yang sangat menyelerakan, mengenyangkan dan nostalgia. Bukan tu je ianya juga menambah selera makan seisi keluarga.

Macam biasa kalau ada menu nasi goreng mesti ada timun, cili potong kicap dan keropok goreng. Kakak Raisha dan adik Rania bergabung bantu ibu goreng keropok. Stok keropok pun dah habis ni kena beli la nampaknya.

Resipi Nasi Goreng Mudah Dan Telur Dadar

Cili potong kicap menambahkan sedikit kepedasan nasi goreng masa kita makan tu. Malas nak menumbuk cili padi untuk dijadikan rencah tu yang potong jela cili padi dan letak kicap. Adik Rania tak makan pedas. Selalunya dia tak makan cili potong tu. Kakak Raisha je makan cili potong.

Resipi Nasi Goreng Mudah Dan Telur Dadar

Kenapa Suka Masak Nasi Goreng Waktu Terdesak

Sebagai seorang ibu, isteri dan wanita bekerja kadang-kadang Cie memang ketandusan idea nak masak apa. Selalunya Cie la yang kena fikir menu nak masak apa.  
Balik kerja penat, nak masak something yang mudah dan cepat. Telur ada, bawang pun ada kat dapur maka nya dari situ jugalah “magik dapur” bermula. Terfikir nak masak nasi goreng mudah je. Suruh kakak Raisha masak nasi so petang Cie balik kerja boleh terus goreng nasi yang dah sejuk.

Nasi goreng dan telur dadar ni ibarat pasangan serasi. Kalau tak ada lauk lain pun tak apa, anak-anak tetap makan bertambah. Yang penting sedap dan cukup rasa. Kalau masukkan telur sekali dalam nasi goreng anak-anak tak makan sangat. So masak telur dadar jela baru anak-anak makan.

Kebetulan pulak husband kerja luar hari ni. Tu yang malas nak masak nasi dan lauk. Lauk ada sebekas je lagi ayam sikit je tu untuk masak tomyam. 

Menu Wajib Bila Tak Tahu Nak Masak Apa

Nasi goreng dan telur dadar ni memang menu “plan B” yang selalu jadi plan A. Walaupun mudah, ia penuh nilai dan boleh mengimbau kenangan zaman sekolah, makan kat kantin atau waktu mak masak masa kecil. Nasi goreng mak-mak zaman dulu lagi mudah campak-campak je.

Kadang-kadang Cie sendiri rasa, lauk simple macam ni lebih “menyentuh jiwa” berbanding lauk mahal. Yang penting, air tangan sendiri. Itu yang buat keluarga kita rasa kenyang dan bahagia. Husband pulak takde hari ni kerja luar. Tu yang mengukuhkan lagi idea nak masak nasi goreng je untuk makan malam hari ni.

Kalau bungkus makanan kat kedai pun order nasi goreng jugak. Elok la masak sendiri je ikut citarasa kita sendiri walaupun tak sama rasa dengan nasi goreng kedai. Ianya tetap ada rasa tersendiri bila masak air tangan kita.

Bahan-Bahan Dapur Yang Sentiasa Ada

Resipi Nasi Goreng Mudah Dan Telur Dadar

Bahan Untuk Nasi Goreng:

1 1/2 cawan nasi putih
2 ulas bawang putih (dicincang)
1/4 biji bawang besar (dihiris)
Sedikit ikan bilis
Sedikit siew pak choy
Bahan perasa secukup rasa
Garam secukup rasa
Sedikit minyak untuk menumis

Resipi Nasi Goreng Mudah Dan Telur Dadar

Bahan Untuk Telur Dadar:

1 biji telur
Sedikit bahan perasa
Minyak untuk menggoreng

Cara Memasak Nasi Goreng dan Telur Dadar Garing

Langkah-Langkah Memasak Nasi Goreng:

  1. Panaskan sedikit minyak dalam kuali.
  2. Goreng ikan bilis hingga garing dan ketepikan.
  3. Tumis bawang putih dan bawang besar hingga wangi.
  4. Masukkan sayur dan kacau rata.
  5. Masukkan nasi putih, ikan bilis dan gaul rata.
  6. Gaul sekata dan perasakan dengan garam dan serbuk perasa. Siap!

Langkah-Langkah Memasak Telur Dadar:

  1. Pecahkan telur ke dalam mangkuk.
  2. Masukkan bahan perasa dan kacau hingga sebati.
  3. Panaskan minyak lebih sedikit dari biasa untuk hasil garing.
  4. Tuang telur ke dalam kuali dan ratakan.
  5. Biarkan masak hingga tepi kelihatan garing. Angkat dan toskan.

Tips Tambahan Untuk Buat Menu Lebih Menarik dan Tips Memasak

  • Tambahkan sayur seperti kobis, lobak merah atau daun bawang dalam nasi goreng.
  • Kalau ada udang, isi ayam boleh jadikan nasi goreng lebih meriah dengan protein.
  • Untuk telur dadar versi Thai, masukkan sedikit sos ikan dan hirisan cili merah.
  • Bancuhkan sedikit tepung jagung dan air, masukkan ke dalam telur dan pukul rata untuk dapatkan telur yang garing. 
  • Goreng telur dadar dalam minyak yang banyak untuk dapatkan telur dadar gebu dan garing.
  • Gunakan nasi sejuk (bukan baru masak) supaya hasil goreng tak menjadi lembik.

Jenis-Jenis Nasi Goreng Lain Yang Pernah Dicuba

  • Nasi Goreng Kampung – Tambah ikan bilis dan kangkung, pedas kaw!
  • Nasi Goreng Cina – Guna sayur campur, tak pedas, sesuai untuk anak kecil.
  • Nasi Goreng Sardin – Sardin dalam tin memang penyelamat bila kehabisan idea.
  • Nasi Goreng Tomyam – Guna pes tomyam, rasa masam pedas menyengat!
Setiap nasi goreng ada keistimewaan sendiri, bahan tersendiri namun ianya tetap dimulakan dengan bahan utama nasi putih sejuk sebagai asas.

Telur Dadar Pun Ada Gaya?

Ya! Telur dadar bukan sekadar telur goreng. Di Malaysia sendiri, kita ada banyak versi telur dadar:
  • Telur Dadar Thai – Guna sos ikan, jadi lebih berbau harum dan garing.
  • Telur Dadar Berinti – Letak daging cincang atau sayur di dalamnya.
  • Telur Dadar Roti – Campur roti carik untuk lebih kenyang.
  • Telur Dadar Cili Merah – Bagi warna lebih menarik dan sedikit pedas.

Sesuai Untuk Sarapan, Tengah Hari atau Makan Malam

Nasi goreng dan telur dadar ni bukan sekadar menu malas tapi sebenarnya sangat fleksibel. Sesuai dijadikan hidangan waktu pagi makan seisi keluarga atau makan malam ringan yang tak perlukan banyak masa penyediaan.

Setiap orang ada cara masing-masing bila buat nasi goreng. Ada yang suka letak belacan, ada yang tak suka bawang dan ada juga yang guna perencah segera. Apa pun, janji kita masak dengan kasih sayang.

So far Cie belum pernah lagi masak nasi goreng guna perencah segera. Selalunya buat rencah sendiri yang simple je. Guna je bahan basic macam bawang putih dan bawang besar atau bawang merah. Kalau nak betul-betul nasi goreng klasik kena tumbuk baru la umphhhh rasanya tu. 

Kalau dulu-dulu zaman nenek kita biasanya mereka masak nasi goreng letak cili kering. Memang sedap. Lagi-lagi kalau masak nasi tu atas dapur kayu. Bukan dapur gas. Memang aromanya tu lain. Sekarang takde dah dapur kayu tu. Versi moden banyak la. Ada masak dalam periuk noxxa, thermomix dan entah apa-apa lagi gajet yang terkini.

Cie ada je periuk noxxa tapi tak pernah la masak nasi goreng dalam tu. Lagi sedap kelentung kelentang dalam kuali atas dapur gas. 

4 ulasan:

  1. yesss Ana pun menu nasi goreng juga utk berbuka puasa harini tp takda telur dadar.. lauk sambal udang & sayur campur hehe

    BalasPadam
  2. Betul, menu penyelamat sangat ni...
    Sedap lagi masak nasi goreng atas kuali banding dgn masak guna noxxa tu bagi akak la

    BalasPadam
  3. Goreng mcm ni pun dh sedap dah =D

    BalasPadam
  4. Menu senang nak masak dan yang penting, kita dan anak-anak kenyang. :D

    BalasPadam

Terima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.

Dikuasakan oleh Blogger.