Apa Aktiviti Hari Ni?

7/13/2025 04:22:00 PTG
Hari cuti ni banyak jela aktiviti yang nak dibuat kat rumah. Time cuti la nak uruskan banyak hal. Macam ni la bila kita bekerja. Hujung minggu je ada masa terluang.

Apa Aktiviti Hari Ni?

Awal pagi tadi dah keluar sarapan dan sekali terus beli barang dapur. Macam biasa la beli kat BS Freshmart jela. Husband settle bab lauk. Dia beli ayam je. Cie settle part buah dan sayur. 

Apa Aktiviti Hari Ni?

Siap beli barang dapur husband singgah 7E Cafe. Dia dah ketagih minum Ice Latte 7E Cafe. Cie tak turun kali ni. Takde rasa nak minum Ice Latte. 

Tiba-tiba teringat nak pergi Ninso nak beli stokin. Sampai depan Ninso belum buka lagi. Staf Ninso baru nak buka. Sebaris dengan Ninso tu Zus Coffee. Apa lagi order Zus dulu la sementara tunggu staf Ninso buat opening.

Apa Aktiviti Hari Ni?

Apa Aktiviti Hari Ni?

Apa Aktiviti Hari Ni?

Apa Aktiviti Hari Ni?

Siap dah ambil Zus baru la Ninso buka. Masuk Ninso beli stokin dan jajan je. Lepas tu balik rumah. Nak kena settle segala barang dapur yang dibeli tadi.

Apa Aktiviti Hari Ni?

Apa Aktiviti Hari Ni?

Apa Aktiviti Hari Ni?

Ingatkan nak masak lunch. Anak-anak kata taknak makan. Cie pun simpan jela menu lunch kepada dinner. Cie potong bayam dah cuci lepas tu simpan dalam fridge. Nanti petang baru masak untuk dinner.

Lepas Zohor buat projek bawang goreng homemade. Cie memang suka buat bawang goreng homemade. Tak pernah beli bawang goreng. Lagi suka bawang goreng homemade. Cie pernah share cara buat bawang goreng homemade. Pernah jugak jual dulu. Lepas tu dah malas masa bawang naik harga.

Apa Aktiviti Hari Ni?


Sambil goreng bawang sambil makan buah naga beli kat BS Freshmart tadi. Selalunya buah naga manis. Kali ni tak manis sangat buah tu. Tapi habis jugak sebiji tu kami makan 3 beranak je.

Apa Aktiviti Hari Ni?

Settle bawang goreng 1 tupperware. Tahan lama bawang goreng Cie ni. Sedap ratah macam tu je. Kena simpan dalam bekas kedap udara baru tahan lama.

Ni jela aktiviti Cie setakat petang ni. Dah siap buat bawang goreng takde aktiviti dah. Lepas Asar kang la baru plan nak masak dinner. Nak buat sup ayam, bayam goreng dan telur dadar. Sup ayam makan dengan bawang goreng fresh baru buat. Memang sedap.

10 ulasan:

  1. Hari ini santai-santai saja. Tak masak. Makan di luar. Selebihnya, tidur hihihiii.

    BalasPadam
  2. ninso ni antara kedai berhantu, sekali masuk susah nak jumpa jalan keluar hehe

    BalasPadam
  3. Ninso dgn ECO Shop memang berhantu... Banyak banyakkan berzikir

    BalasPadam
  4. Alahai dah berapa hari dah ni ibu x dapat Zus rindunya.. Ahaks!

    BalasPadam
  5. Bawang goreng buat sendiri lagi sedap
    Ratah aje pun okay

    BalasPadam
  6. Sama macam mama saya. Kalo bawang goreng selalu buat sendiri. Pernah saya lihat dibantu asisten mereka mengiris bawang sampai berkilo2 😄😄. Kalo saya tak sanggub lah kak 🤣🤣

    BalasPadam
  7. ooo taknak latte 7E, dia ZUS terus ea? hahaa... kita suka juga latte 7E tu.
    bawang goreng, kita beli je. masak pun sekali sekala. jumpa dek daktiga mmg dorang tak makan. bawang goreng yg halimunan tu pun dorang leh asingkan.
    ninso kedai saka, taknak masuk eh masuk gak, taknak beli eh ada je la dlm bakul tu. lagi bawa daktiga, hrmmm barang dorang je la jawabnya.

    BalasPadam
  8. Wahhhh bwg goreng tu nmpk menggiurkan

    BalasPadam
  9. rajinnya cie racik bawang dan goreng.... 💖💖

    BalasPadam
  10. Banyak jugalah aktiviti tu. Rajin betul buat bawang goreng. Jarang guna bawang goreng ni. Tapi kalau nak guna beli pek kecil jenama nureys tu. Sedap juga. Tapi buat sendiri lagi bagus.

    BalasPadam

Terima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.

Dikuasakan oleh Blogger.