Isnin baru ni 25 Ogos 2025 bangun pagi je rasa sakit pinggang. Tak boleh duduk lama sakit sangat. Maybe tersalah urat masa tidur. Cie pun whatsapp bos bagitau nak EL (emergency leave). So isi la HRMIS cuti. Nak rehat je kat rumah. Selsema pun masih tak baik lagi. Boleh la berehat seharian kat rumah je walaupun weekend Sabtu dan Ahad pun Cie banyak berehat je.
Husband hantar anak-anak ke sekolah. Pukul 8 lebih tu husband whatsapp tanya nak makan apa. Takde selera pulak nak makan. Jadinya Cie cakap kat husband taknak makan. Cie tidur je berehat. Sedar-sedar pukul 10 lebih ada missed call, whatsapp berlambak masuk pasal kerja pun ada. Tu la kalau Cie cuti ada je yang mencari. Settle membalas semua whatsapp tu Cie masuk dapur walaupun masih sakit pinggang bangun jela.
Masak nasi, goreng telur dadar dan goreng ikan bilis letak bawang, cili padi. Masak simple macam ni boleh la walaupun ada rasa sakit kat pinggang tu. Berdiri ok lagi kalau duduk tu sakit. Pukul 11 macam tu Cie makan. Nak makan ubat. Korek-korek kat dapur ada ubat selsema. Cie pun makan. Lepas tu mengantuk tahap tak boleh nak bawak bincang. Asyik nak tidur jela. Takpela kan berehat. Memang kena bedrest kalau sakit pinggang. Sapu aromaterapi, tepek salonpas patch tu best je berangin baru la rasa selesa nak baring.
Husband ajak pergi klinik. Cie malas nak ke klinik tu. Nanti mula la nak test urine la, tanya period bila la. Padahal kitanya sakit pinggang biasa je. Biasa la tidur lepas tu tersalah urat. Sebelum ni dah pernah jugak Cie kena lepas bangun dari tunduk. Tersalah urat jugak. Bila pergi jumpa doktor macam-macam la soalan. Kalau pelik sangat sakit tu baru la jumpa doktor risau penyakit apa kan.
Seharian la berbaring sampai petang. Nak duduk masih sakit pinggang. Cakap kat anak-anak whatsapp jela kat babah suruh babah tapau je makanan. Ibu tak larat nak masak. Anak-anak request nak makan kuetiau Sungai Kerpan. Sekali husband pergi tutup pulak. Lamanya tutup dari minggu lepas hari Jumaat kami datang pun tutup.
Husband cakap dia nak try tanya sate pencawang kot buka. Husband call jela tanya. Mujur buka. So anak-anak order nak sate dan nasi goreng kampung.
Bau Sate yang Memikat
Husband sampai rumah je dah hampir pukul 7 malam. Cie pun cepat-cepat hidangkan sate sebab adik Rania selepas Maghrib nak ke kelas tambahan UPKK pulak. Bau sate pencawang ni memang menusuk hidung. Walaupun selsema deria bau masih ok. Husband order sate ayam. Kami jarang order daging sebabnya anak-anak dan Cie tak suka daging liat sikit.
Nasi Goreng Kampung Pucuk Paku
Selain sate, tambahan nasi goreng kampung pun ada. Nasi goreng kampung kat Sate Pencawang ni lain sikit ada pucuk paku menggantikan kangkung atau sayur lain. Memang keunikan dan keistimewaan nasi goreng kampung mereka la.
Rasanya yang lebih kepada nasi goreng zaman dulu. Yang hanya ada rencah bawang yang ditumbuk bersama ikan bilis. Kami memesan yang tidak pedas. Kalau yang pedas memang berdesing telinga pernah dah sekali terlupa nak pesan taknak pedas sekali yang sampai tu sangat pedas sampai tahap mengalir la air hidung.
Sate Pencawang Yang Terkenal
Sate kat Lipis ni yang kena dengan tekak Cie sekeluarga kat situ la. Sate ayam lembut dan sesuai dimakan oleh anak-anak dengan rasa rempah yang kuat. Bila dicicah dengan kuah kacang pekat, kombinasi rasanya sukar untuk dilupakan. Memang tak sedar la lepas secucuk, secucuk kita makan.
Kuah kacang mereka pula istimewa. Tidak terlalu manis, tidak terlalu pedas dan cukup pekat dengan tekstur kacang dikisar. Kuah ini benar-benar menjadi pelengkap kepada sate yang dibakar sempurna. Malam itu, setiap cucuk sate habis tanpa tinggal, tanda bahawa Sate Pencawang memang ada kelasnya tersendiri.
Setiap belian sate akan disertakan hirisan timun dan bawang besar. Ada sesetengah kedai tak bagi timun dan bawang ni. Tapi Sate Pencawang ni sertakan sekali.
Sejarah Nama Pencawang
Kalau anda tertanya-tanya kenapa kedai ini dipanggil Sate Pencawang, jawapannya mudah sahaja. Lokasi terletak bersebelahan pencawang elektrik TNB di Kuala Lipis. Cie pun tak pasti kot ada kisah lain. Tapi yang pasti kedai ni hanya di depan rumah pemilik yang betul-betul disebelah pencawang TNB tu je di Kampung Tempoyang.
Suasana Kedai Sate Pencawang
Walaupun malam itu kami hanya bungkus, Cie pernah juga makan terus di kedai mereka. Suasana di Sate Pencawang cukup meriah pada waktu malam. Asap dari pembakaran sate berterbangan, lampu-lampu kedai yang sederhana tetapi terang memberikan rasa santai dan pelanggan pula tidak putus-putus keluar masuk.
Kedai ni pulak betul-betul depan rumah je. Macam suasana kita makan malam di rumah sendiri tapi di porch je macam tu. Lokasinya juga di tepi jalan besar utama. Jalan KL - Kelantan. Kiranya kalau nak ke Kelantan dari KL atau nak ke KL dari Kelantan memang lalu kedai tu.
Ada keluarga yang membawa anak kecil, ada juga pasangan muda yang datang berdua, malah tidak kurang juga yang datang beramai-ramai dengan kawan. Semua kelihatan gembira menikmati hidangan masing-masing. Sate dihidangkan panas-panas terus dari dapur, membuatkan setiap orang tidak sabar untuk menikmatinya.
Harga Berpatutan dan Pilihan Menu Lain
Salah satu sebab Sate Pencawang sentiasa mendapat tempat di hati pelanggan ialah harga makanannya yang berpatutan. Sepinggan nasi goreng kampung tidaklah terlalu mahal dan sate pula dijual mengikut cucuk dengan harga yang masih boleh diterima. Berbaloi jika dibandingkan dengan rasa dan kualiti yang diberikan.
Selain sate dan nasi goreng, terdapat juga menu lauk panas lain seperti bihun goreng dan kalau tak silap Cie husband cakap ada juga nasi lemak. Cie memang order nasi goreng kampung je kalau ke situ. Jadi, walaupun anda datang bersama keluarga besar dengan citarasa berbeza, semua orang pasti dapat memilih menu kegemaran masing-masing.
Mengapa Sate Pencawang Wajib Dicuba
Bagi Cie, makan malam dengan sate dan nasi goreng kampung pucuk paku dari Sate Pencawang bukan sekadar mengenyangkan perut. Ia juga pengalaman yang penuh rasa, membawa kenangan kampung dan menunjukkan bagaimana kreativiti dalam memasak boleh menjadikan sesuatu hidangan begitu istimewa.
Sate Pencawang bukan lagi sekadar nama sebuah kedai di Kuala Lipis, tetapi sudah menjadi ikon kulinari daerah ini. Jika ada sesiapa yang berkunjung ke Lipis, Cie pasti akan menyarankan mereka mencuba sate di sini. Dan jangan lupa untuk pesan juga nasi goreng kampung dengan pucuk paku kerana di situlah terletak keunikan yang membezakan tempat ini daripada kedai makan lain.
Kalau tak suka pedas jangan lupa order nasi goreng kampung taknak pedas. Sebab kalau tak cakap nanti memang pedas nasinya. Tapi memang sedap nasi goreng kampung Sate Pencawang.
3 Ulasan
MZ singgah BW ni. waa sedapnya sate!
BalasPadamBawa-bawa berehat Cie. Moga cepat sembuh sakit pinggangnya.
BalasPadamNasi goreng kampung memang sedap.
Dulu emak goreng ditambah cili kering tumbuk, cantik merah warna nasinya. Kalau guna cili padi memang berdesinglah telinga, tapi tetap menyelerakan.
Saya beberapa hari ini sakit pinggang, tidak tahan duduk lapa. Inginnya rebahan atau tiduran
BalasPadamWah sate, saya suka sekali. Saya jadi tahu sejarah sate pencawang
Nasi gorengnya nampak unik ya
Terima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.