Resipi Gulai Masam Tempoyak Ayam

Cie ni ada masa masak memang ikut dan je letak bahan dan memang takde sukatan. Tu yang macam bila masa takde letak resipi sekali. Tak sangka pulak sisters blogger ni ada request nak resipi. Hihi


Sis Carneyz mintak resipi gulai masam tempoyak ayam ni. Kat kampung Cie kami memang panggil gulai masam. Kalau pure loghat kampung tu kita sebut gulei masang. Boleh buat ikan sungai, ikan laut, ayam dan haiwan-haiwan lain yang boleh dimakan. Bahannya pun berbeza la ikut orang. 


Kalau style Cie masak berbeza tak sama setiap kali masak tu ikut bahan apa yang ada. Kak Long dan Kak Ngah pakar buat gulai masam ni. Cie ni sejak anak-anak masa kecik suka makan berkuah tu la baru mula berjinak masak gulai masam. Kalau tak memang Cie tak pandai. 

Resipi Gulai Masam Tempoyak Ayam

Bahan-bahan:

5-6 ketul ayam 
2 biji cili padi merah tumbuk (ikut tahap kepedasan sendiri)
2 sudu besar tempoyak
1/2 sudu teh serbuk kunyit (boleh guna kunyit hidup tumbuk kalau ada)
Daun kesum (kalau takde pun takpe)
Belimbing buluh belah 2 (kalau ada)
Garam dan perasa secukup rasa
Air separas ayam

Cara Membuat:

  1. Cie biasanya akan rebus dulu ayam tu sampai masak. Guna air separas ayam tu. Sampai takdela darah-darah ayam tu keluar. Kalau air dah mengering tambah je lagi.
  2. Lepas tu Cie masukkan tempoyak, cili padi, daun kesum, garam, perasa.
  3. Akhir sekali baru masukkan belimbing tu. Cie guna belimbing frozen dah lembik bila nyahbeku tu yang masuk last.
Ni jela cara Cie. Cara orang lain mungkin berbeza la. Kakak-kakak Cie pulak biasanya mereka masukkan semua bahan je sekali lepas tu biar je sampai mendidih dan masak. Pun boleh jugak. Akan jadi je jangan risau.

Semoga sis Carneyz dapat la mencuba resipi ni ye. Jangan lupa share nanti kalau dah jadi buat ye. Next nanti nak share resipi ikan rebus pulak request dari kak SA.


Catat Ulasan

3 Ulasan

  1. Mekasih share resepi ni, Cie. Boleh try nanti. Sedap, sebab letak tempoyak.

    BalasPadam
  2. Ni first time dengar gulai masam. Pernah makan gulai tempoyak je.

    BalasPadam
  3. First time KSarie dengar pasal menu ni. Masam sebab letak tempoyak dan belimbing buloh ye. Semoga ada rezeki hendak rasa menu ni satu hari nanti

    BalasPadam

Terima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.