Bahan-bahan:
3 ekor Ikan selayang
2 sudu besar Garam kasar
4-5 Asam keping
2 sudu besar Gula melaka yang disagat (gula yang seangkatan dengan gula melaka ni pun boleh. Bukan gula pasir atau gula perang ye)
Air tu separas ikan tu je arasnya
Sukatan tu biasanya Cie agak-agak je. Takde sukatan betul-betul. Boleh masak dalam kuali ke periuk ke pan ke boleh je. Biar je tak perlu usik. Sampai la mendidih dan ikan tu masak. Selalunya sikit lagi nak kering baru Cie off api.
Ikan rebus ni sedap buat goreng. Cie selalu goreng sekali bawang besar dan cili padi hiris. Ikan tu goreng sampai garing baru sedap.
Ni cara Cie la buat ikan rebus. Selamat mencuba ye kak SA. Cie takde gambar ikan rebus yang Cie pernah buat. Rasanya tak pernah snap sebelum ni. Mintak la chatgpt ni buat. Kemain lebar ikan dia. Ada bawang putih pulak tu. Yang versi rebus entah pape je chatgpt buat. Tak menepati arahan.


5 Ulasan
Ikan rebus ni selalu jugak tgk org share cara bat dalam MAHI tp x pernah try lg.. kalau ikan fresh mst sedap kan.. tp kalau fresh syg pulak nk simpan gini... yg fresh mst kena singgang terus
BalasPadamIkan rebus ni kena ada rasa masin dan masam lah eh.
BalasPadamSedapnya ikan rebus. Masa ki9ta kecik-kecik dulu, emak selalu suruh beli ikan kembung rebus. Zaman dulu sekati seringgit dua puluh lima sen harganya.
BalasPadamAduhai terliur ni. Blk keje nnt kena buat ni. Ade beli ikan sardin hari tu =D
BalasPadamRebus dan goreng
BalasPadamLetakk bawang pulak tu wahh sedappp ni
Ada sambal cukup la jd lauk kan
Terima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.