Bahan-bahan:
3 ekor Ikan selayang
2 sudu besar Garam kasar
4-5 Asam keping
2 sudu besar Gula melaka yang disagat (gula yang seangkatan dengan gula melaka ni pun boleh. Bukan gula pasir atau gula perang ye)
Air tu separas ikan tu je arasnya
Sukatan tu biasanya Cie agak-agak je. Takde sukatan betul-betul. Boleh masak dalam kuali ke periuk ke pan ke boleh je. Biar je tak perlu usik. Sampai la mendidih dan ikan tu masak. Selalunya sikit lagi nak kering baru Cie off api.
Ikan rebus ni sedap buat goreng. Cie selalu goreng sekali bawang besar dan cili padi hiris. Ikan tu goreng sampai garing baru sedap.
Ni cara Cie la buat ikan rebus. Selamat mencuba ye kak SA. Cie takde gambar ikan rebus yang Cie pernah buat. Rasanya tak pernah snap sebelum ni. Mintak la chatgpt ni buat. Kemain lebar ikan dia. Ada bawang putih pulak tu. Yang versi rebus entah pape je chatgpt buat. Tak menepati arahan.


23 Ulasan
Ikan rebus ni selalu jugak tgk org share cara bat dalam MAHI tp x pernah try lg.. kalau ikan fresh mst sedap kan.. tp kalau fresh syg pulak nk simpan gini... yg fresh mst kena singgang terus
BalasPadamIkan rebus ni kena ada rasa masin dan masam lah eh.
BalasPadamSedapnya ikan rebus. Masa ki9ta kecik-kecik dulu, emak selalu suruh beli ikan kembung rebus. Zaman dulu sekati seringgit dua puluh lima sen harganya.
BalasPadamAduhai terliur ni. Blk keje nnt kena buat ni. Ade beli ikan sardin hari tu =D
BalasPadamRebus dan goreng
BalasPadamLetakk bawang pulak tu wahh sedappp ni
Ada sambal cukup la jd lauk kan
sedapnya ikan rebus. tq cie share resepi
BalasPadammak linda selalu beli kat pasar je.. hihihi
BalasPadamsedap tu ikan rebus kt umh mak biasa ikan rebus goreng kicap
BalasPadamtq for sharing! MZ pun kdg2 buat jugak ikan rebus ni sbb mr hubby suka mkn ikan rebus goreng, cuma MZ tak letak gula melaka lah time merebus tu..lps ni boleh try letak. anyway, i'm backkkk. tq sbb selalu drop comment kat my blog while i was away :)
BalasPadamYeay...terima kasih Cie..nanti akak cuba buat ye...oo kena pakai ikan sardin a.k.a ikan selayang ye..baikk
BalasPadamPatutlah pelik kenapa ikan selayang Cie lebar sangat, hihi.
BalasPadamIkan selayang ni beza-beza kan mengikut istilah tempatan, kalau arwah mertua kak ana dulu ikan selayang ni kat sini panggil ikan sardin , tapi kak ana lihat yang Cie buat tu macam ikan selar .. raikan kemeriahan tapi memang sedap bila di jadikan menu begini.. selera makan.
BalasPadamGambar tu chatgpt bukan gambar Cie. Kalau pernah tengok Cie share sebelum ni dalam menu dinner tak nampak sangat gambar ikannya. Memang guna ikan selayang. Tak pernah guna ikan selar.
PadamTak pernah try ikan rebus macam ni..
BalasPadamMenarik. Terima kasih share
Ni pun menarik jugak. Selalu buat ikan goreng kunyit je. Boleh la cuba buat ikan rebus goreng lepas ni 😄
BalasPadamTak pernah buat sendiri ikan rebus. Cie dah share cara ni, boleh la cuba lain kali. 👍 Ikan rebus yang dari ikan kembung tu, ada jual kat pasar, sepinggan udah mahei bebenor.
BalasPadamAkk belajar buat ikan rebus ni dgn kawan org Pahang la. Sbb style Kedah lain sikit, kami kukus. Biasa dipanggil ikan lengat (lengat = kukus). Dua² versi Akk suka :)
BalasPadamsesuai sgt ni kalau buat lauk time sahur👍👍
BalasPadamPernah makan tapi tak pernah buat. Memang sedap.
BalasPadamSaya save dulu kak. Sampai skr nih, saya belum confident utk masak ikan. Segala menu ikan saya tak pernah buat. Suka, tp utk masak masih ragu. Jadi kalau teringin memang beli lah
BalasPadamCuma baca resep ini, tertarik pula 😍😍
Sedapnya ikan rebus yang digoreng garing.. Lama tak makan.. TQ kongsi resepi..
BalasPadamda nampak mcm ikan pekasam. tapi tgk bahan2 rebusan tu, mahu menambah nasi kekdahnya.
BalasPadamhmmm saya kalau kat rumah terus goreng je masuk kuali. tk pernah lagi rebus pastu goreng..
BalasPadamnampak sedap cara ni, next time kena cubalah :D thanks share resipi
Terima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.