Cara Buat Ikan Rebus

Baru ni kak SA komen tanya cara buat ikan rebus. Ye Cie buat sendiri je ikan rebus. Ikan rebus ni biasanya Cie simpan dalam freezer lebih tahan lama. Nak masak baru keluarkan. Selalunya buat untuk 2-3 minggu simpan tu yang tak berani simpan di bahagian chiller. 



Bahan-bahan:
2 sudu besar Garam kasar
2 sudu besar Gula melaka yang disagat (gula yang seangkatan dengan gula melaka ni pun boleh. Bukan gula pasir atau gula perang ye)
Air tu separas ikan tu je arasnya

Sukatan tu biasanya Cie agak-agak je. Takde sukatan betul-betul. Boleh masak dalam kuali ke periuk ke pan ke boleh je. Biar je tak perlu usik. Sampai la mendidih dan ikan tu masak. Selalunya sikit lagi nak kering baru Cie off api.

Ikan rebus ni sedap buat goreng. Cie selalu goreng sekali bawang besar dan cili padi hiris. Ikan tu goreng sampai garing baru sedap. 


Ni cara Cie la buat ikan rebus. Selamat mencuba ye kak SA. Cie takde gambar ikan rebus yang Cie pernah buat. Rasanya tak pernah snap sebelum ni. Mintak la chatgpt ni buat. Kemain lebar ikan dia. Ada bawang putih pulak tu. Yang versi rebus entah pape je chatgpt buat. Tak menepati arahan.




Catat Ulasan

13 Ulasan

  1. Ikan rebus ni selalu jugak tgk org share cara bat dalam MAHI tp x pernah try lg.. kalau ikan fresh mst sedap kan.. tp kalau fresh syg pulak nk simpan gini... yg fresh mst kena singgang terus

    BalasPadam
  2. Ikan rebus ni kena ada rasa masin dan masam lah eh.

    BalasPadam
  3. Sedapnya ikan rebus. Masa ki9ta kecik-kecik dulu, emak selalu suruh beli ikan kembung rebus. Zaman dulu sekati seringgit dua puluh lima sen harganya.

    BalasPadam
  4. Aduhai terliur ni. Blk keje nnt kena buat ni. Ade beli ikan sardin hari tu =D

    BalasPadam
  5. Rebus dan goreng
    Letakk bawang pulak tu wahh sedappp ni
    Ada sambal cukup la jd lauk kan

    BalasPadam
  6. sedapnya ikan rebus. tq cie share resepi

    BalasPadam
  7. mak linda selalu beli kat pasar je.. hihihi

    BalasPadam
  8. sedap tu ikan rebus kt umh mak biasa ikan rebus goreng kicap

    BalasPadam
  9. tq for sharing! MZ pun kdg2 buat jugak ikan rebus ni sbb mr hubby suka mkn ikan rebus goreng, cuma MZ tak letak gula melaka lah time merebus tu..lps ni boleh try letak. anyway, i'm backkkk. tq sbb selalu drop comment kat my blog while i was away :)

    BalasPadam
  10. Yeay...terima kasih Cie..nanti akak cuba buat ye...oo kena pakai ikan sardin a.k.a ikan selayang ye..baikk

    BalasPadam
  11. Patutlah pelik kenapa ikan selayang Cie lebar sangat, hihi.

    BalasPadam
  12. Ikan selayang ni beza-beza kan mengikut istilah tempatan, kalau arwah mertua kak ana dulu ikan selayang ni kat sini panggil ikan sardin , tapi kak ana lihat yang Cie buat tu macam ikan selar .. raikan kemeriahan tapi memang sedap bila di jadikan menu begini.. selera makan.

    BalasPadam
  13. Tak pernah try ikan rebus macam ni..
    Menarik. Terima kasih share

    BalasPadam

Terima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.