Dinner Di Sophia Bangkok Cuisine Bangi

Cerita dinner pada 1 Mei 2026 semasa pergi bercuti di Bangi. Baru la sempat nak mengarang. Setiap hari terlalu banyak cerita yang nak diceritakan tu yang kena beratur.

Kat bawah hotel Le’venue tu ada banyak je pelbagai jenis restoran ada. 2 kali dah menginap kat situ belum rasa nak mencuba makan di mana-mana restoran yang ada kat situ. Konon motif menginap di situ dekat tempat makan. Cari makan kat luar kawasan juga.


Faiz cari kat Tiktok lepas tu klik juga kat google untuk baca review. Ada beberapa kedai la yang kami jumpa dan kami pilih untuk dinner di Sophia Bangkok Cuisine. Tengok review semua positif.



Tak ingat la pulak berapa minit dari hotel ke situ. Guna google maps jela sampai jugak. Kedai tu tepi jalan je. Ada parking disediakan banyak juga. Suasana kedai nampak unik. Nak kata fully Bangkok tak jugak sebab menu kat situ ala thai dan ada menu masakan arab. So kami pilih menu thai la. 



Air kami order: laici ais untuk adik Rania, teh o ais untuk kakak Raisha, epal asam boi untuk Cie dan Faiz order lemon ais.


Makanan kami order: nasi putih, tomyam seafood, siakap steam, kerang bakar, kerabu mangga.

Portion makanan agak besar jugak. Memang cukup la makan 4 orang siap boleh meratah lagi. Nasi order 3 je. Cie tak makan nasi. Ratah lauk pauk je pun dah kenyang.

Ikan ni harga tetap dah bukan ikut timbang

Kerang bakar ni cicah sambal hijau tu memang padu

Tomyam ni kuahnya memang banyak. Ada rasa lemak. Maybe letak susu cair


Puas hati makan kat situ memang licin takde pembaziran walaupun kekenyangan macam nak pecah perut dah. Memang mujur sangat Cie tak makan nasi. 

Kedai full house tapi service takdela lambat. 15-30 minit la lebih kurang kesemua makanan kami sampai. Makanan pun sampai masih panas-panas lagi. Yang siakap dan tomyam tu siap ada lilin kat bawah tu. Jenuh kami laki bini tiup. Melecur lidah kalau makan panas-panas tu.

Total bil kami makan malam tu RM137.25. Ni pun snap screen cashier tu. Kalau idok memang dah lupa ni. Nak masuk 2 minggu dah peram. Bagi Cie harga tu ok sangat portion besar dan makanan semuanya sedap.




Catat Ulasan

1 Ulasan

  1. Selain blog Cie, blog SK pun cerita ada makan kerang juga. Kena cari juga ke camana ni. Hehe.. sedap tengok tomyam tu.

    BalasPadam

Terima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.