Cie pun cari kat page Facebook Klinik Mata tu dan baca post pujian tu dan Cie share kat Facebook Cie. Cie ni lama dah takde post status kat Facebook.
Bila ada pujian macam ni bertambah semangat staf jabatan nak buat yang terbaik untuk menyediakan makanan. Kami di Jabatan Dietetik dan Sajian ni bukan semata sediakan makanan kepada pesakit yang dimasukkan ke wad, kami juga supply kepada petugas Dewan Bedah dan Pegawai Perubatan (Doktor) atas panggilan (Doctor on call).
Yang masak menu yang Cie buat tu adalah Pembantu Penyediaan Makanan. Mereka akan masak mengikut menu yang Cie sediakan.
Untuk pesakit pun menu best jugak. Abang ipar Cie warded, anak buah Cie bersalin semua cakap menu kami sedap.
Cie create menu yang best la untuk pesakit. Nanti ada masa Cie share ye menu yang kami sediakan.
Setiap bulan kami ada juga buat ujirasa bagi kat jabatan lain mengikut jadual. Ada masa staf komen macam-macam, ada kata tak sedap, ada juga yang puji. Bab rasa ni kan subjektif. Sedap ditekak kita belum tentu sedap ditekak orang lain. Begitulah sebaliknya kan.
Makanan pun mengikut jenis penyakit. Kalau ada kencing manis kami sediakan makanan dan minuman tanpa gula. Kalau darah tinggi makanan takde garam. Kalau setakat demam takde penyakit lain, menu normal saja.
Kami sediakan makanan untuk petugas Dewan Bedah dan Doctor on call ni sebab mereka tak sempat nak keluar beli makanan. Ada yang tengah jalankan pembedahan, ada yang merawat kes kecemasan. Jadi kerajaan bagi peruntukan dan kami sediakan makanan kepada mereka. Kiranya bukan semua petugas la dapat makanan.
Alhamdulillah untuk pujian ini. Yang baik-baik kita share jela ek. Semoga semua staf jabatan Cie dapat menjalankan tugas menyediakan makanan dengan penuh keikhlasan dan penuh tanggungjawab.


0 Ulasan
Terima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.