Ikan Siakap Asam Pedas Dapat Pujian Staf Klinik Mata Hospital Kuala Lipis

Khamis minggu lepas staf Cie share 1 screenshot pujian dari Facebook Klinik Mata Hospital Kuala Lipis kat group whatsapp kami. 

Cie pun cari kat page Facebook Klinik Mata tu dan baca post pujian tu dan Cie share kat Facebook Cie. Cie ni lama dah takde post status kat Facebook. 

Bila ada pujian macam ni bertambah semangat staf jabatan nak buat yang terbaik untuk menyediakan makanan. Kami di Jabatan Dietetik dan Sajian ni bukan semata sediakan makanan kepada pesakit yang dimasukkan ke wad, kami juga supply kepada petugas Dewan Bedah dan Pegawai Perubatan (Doktor) atas panggilan (Doctor on call). 



Menu ni Cie yang buat. Ikan siakap asam pedas untuk menu petugas Dewan Bedah yang terdiri dari Paramedik (Penolong Pegawai Perubatan, Jururawat, Pembantu Perawatan Kesihatan dan pasukan perubatan yang lain), Doktor dan Doktor Pakar serta Doktor On Call. 

Yang masak menu yang Cie buat tu adalah Pembantu Penyediaan Makanan. Mereka akan masak mengikut menu yang Cie sediakan. 

Untuk pesakit pun menu best jugak. Abang ipar Cie warded, anak buah Cie bersalin semua cakap menu kami sedap. 

Cie create menu yang best la untuk pesakit. Nanti ada masa Cie share ye menu yang kami sediakan. 

Setiap bulan kami ada juga buat ujirasa bagi kat jabatan lain mengikut jadual. Ada masa staf komen macam-macam, ada kata tak sedap, ada juga yang puji. Bab rasa ni kan subjektif. Sedap ditekak kita belum tentu sedap ditekak orang lain. Begitulah sebaliknya kan. 

Makanan pun mengikut jenis penyakit. Kalau ada kencing manis kami sediakan makanan dan minuman tanpa gula. Kalau darah tinggi makanan takde garam. Kalau setakat demam takde penyakit lain, menu normal saja. 

Kami sediakan makanan untuk petugas Dewan Bedah dan Doctor on call ni sebab mereka tak sempat nak keluar beli makanan. Ada yang tengah jalankan pembedahan, ada yang merawat kes kecemasan. Jadi kerajaan bagi peruntukan dan kami sediakan makanan kepada mereka. Kiranya bukan semua petugas la dapat makanan. 

Alhamdulillah untuk pujian ini. Yang baik-baik kita share jela ek. Semoga semua staf jabatan Cie dapat menjalankan tugas menyediakan makanan dengan penuh keikhlasan dan penuh tanggungjawab. 


Catat Ulasan

18 Ulasan

  1. Alhamdulillah. Menu baru utk sy jgk ni. Tak pernah lg mkn ikan siakap masak asam pedas =D

    BalasPadam
  2. Dr Fadli oftal offer juga makan asam siakap pedas tu masa dalam OT.. tapi nak balik KL cepat.. tgk ajer la.. 😅

    BalasPadam
  3. Asam pedas ada bunga kantan sedap tu. Tenguk pun dah kecur. Tahniah cie Dan team dapur

    BalasPadam
  4. wahhhh hebat-hebat. Tp lauk hospital kerajaan sekarang dah sedap2 belaka. Last masa arwah mama admitted di HTJ dalam bulan Januari 2021, sedap lauknya.

    BalasPadam
  5. Alhamdulillah dapat pujian.
    Betul itu rasa ini subjektif.

    BalasPadam
  6. wah special tu siakap asam pedas..dpt plak pujian tu mmg sedap la tu

    BalasPadam
  7. Aljamdulillah, tambah semangat untuk bekerja.

    BalasPadam
  8. Alhamdulillah tahniah Cie & team 👍🏻
    Bila penat bekerja esp di dewan bedah tu, dapat makan sedap² mmg satu nikmatlah. Keep it up!

    BalasPadam
  9. Saya masih ingat , saat mama saya warded di hospital Lam Wah Ee di Penang, makanannya sedaaaap. 😄😄. Untuk yang jaga pun ada kantin di hospital, itupun sedap

    Ada beberapa rumah sakit di jakarta yang saya suka kalau harus di rawat, karena makanannya enak2 🤣😄. Yang begini memang buat semangat kadang 😅

    Dari foto di atas, dah kliatan sedaap masakan yang kak cie buat 😍😍🤤

    BalasPadam
  10. Tahniah Cie & team.
    Membakar semangat untuk terus menyediakan a
    menu yabg sihat dan terbaik.

    BalasPadam
  11. Alhamdulillah.. tahniah.. semoga terus berjaya:)

    BalasPadam
  12. Hospital sekarang medu sedap2... tak macam dolu dolu

    BalasPadam
  13. waaa nampak sgt sedap ni! MZ suka siakap! biasanya buat goreng bercili or steam ajer

    BalasPadam
  14. Kalau buat asam pedas ikan siakap wajib ada sambal belacan dan telur dadar...

    BalasPadam
  15. Kembang kalau kita yang masaknya....Alhamdulilah.

    BalasPadam
  16. Wah..mantap lah, boleh masak sedap²... Memang seronok la petugas tu .

    BalasPadam

Terima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.