Cerita dinner pada 1 Mei 2026 semasa pergi bercuti di Bangi. Baru la sempat nak mengarang. Setiap hari terlalu banyak cerita yang nak diceritakan tu yang kena beratur.
Faiz cari kat Tiktok lepas tu klik juga kat google untuk baca review. Ada beberapa kedai la yang kami jumpa dan kami pilih untuk dinner di Sophia Bangkok Cuisine. Tengok review semua positif.
Tak ingat la pulak berapa minit dari hotel ke situ. Guna google maps jela sampai jugak. Kedai tu tepi jalan je. Ada parking disediakan banyak juga. Suasana kedai nampak unik. Nak kata fully Bangkok tak jugak sebab menu kat situ ala thai dan ada menu masakan arab. So kami pilih menu thai la.
Air kami order: laici ais untuk adik Rania, teh o ais untuk kakak Raisha, epal asam boi untuk Cie dan Faiz order lemon ais.
Portion makanan agak besar jugak. Memang cukup la makan 4 orang siap boleh meratah lagi. Nasi order 3 je. Cie tak makan nasi. Ratah lauk pauk je pun dah kenyang.
Ikan ni harga tetap dah bukan ikut timbang
Kerang bakar ni cicah sambal hijau tu memang padu
Tomyam ni kuahnya memang banyak. Ada rasa lemak. Maybe letak susu cair
Puas hati makan kat situ memang licin takde pembaziran walaupun kekenyangan macam nak pecah perut dah. Memang mujur sangat Cie tak makan nasi.
Kedai full house tapi service takdela lambat. 15-30 minit la lebih kurang kesemua makanan kami sampai. Makanan pun sampai masih panas-panas lagi. Yang siakap dan tomyam tu siap ada lilin kat bawah tu. Jenuh kami laki bini tiup. Melecur lidah kalau makan panas-panas tu.
Total bil kami makan malam tu RM137.25. Ni pun snap screen cashier tu. Kalau idok memang dah lupa ni. Nak masuk 2 minggu dah peram. Bagi Cie harga tu ok sangat portion besar dan makanan semuanya sedap.


19 Ulasan
Selain blog Cie, blog SK pun cerita ada makan kerang juga. Kena cari juga ke camana ni. Hehe.. sedap tengok tomyam tu.
BalasPadamSedap makan mcm tu bila ramai2 kan. Tak terasa terlalu kenyang.
BalasPadamSemua nampak sedap2, dan tentunya kerabu mangga la yang jadi pilihan utamaku..
BalasPadamsedap tomyam
BalasPadamterliur kerang
BalasPadamMurah harga tu Cie. Sedapnya kerang rebus sambal hijau tu 🤤 sambal cicah tu ada rasa daun ketumbar tak?
BalasPadamSedap menu yang dipilih tu.Harga reasonable.
BalasPadamKadang kan nampak mahal bila kita order air pelik-pelik.
wahh lama xmkn sini. masih sedap ye sis
BalasPadamHarga tu akak rasa sanagt reasonable....sedap nampak semuanya..kalau tomyam akak x suka letak susu atau ada letak santan..suka kosong macam tu je..kalau tomyam merah..bior merah..kalau tomyam putih biar clear soup...kerang abkar tu..yummy!!!
BalasPadamTrliur tgk ikan siakap steam limau tu =D
BalasPadamlama tk mkn kerang bakar
BalasPadamtomyum tu tgk gambar je dah tahu sedapppp👍👍
BalasPadamSiakap steam sedapnya tu
BalasPadamikan besar..memang puas hati la..waktu menunggu tak lama..lagi la puas hati
BalasPadamAiiiiih saya lapaaar 😍😍😍🤭. Kalau menu Tomyam memang saya sukaaa sangat kak 😍😍. Ini comfort food lah. Tak payah nasi, ratah lauk, kenyang memang
BalasPadamKalau tengok portion yang dia bagi, memang puas hatilah dengan harga tu.. Tamabhan pula sedap, lagilah berbaloi..
BalasPadamNampak menyelerakan terutama ikan tu
BalasPadamNampak menyelerakan terutama ikan tu
BalasPadamkerang tu jugak yg buat saya tertarik. gemok juga ye
BalasPadamTerima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.