Cie pun cari la area Bangi Putrajaya. Yang bilik available sesuai dengan budget dan size bilik untuk kami 4 beranak di Le’Venue Hotel yang kami pernah stay hujung tahun lepas kalau tak silap. Cie terus booking 30 April tu untuk check in 1 Mei. Memang rezeki la ada jugak bilik.
Harganya lebih sikit dari yang kali pertama kami stay tu. Kali ni dapat harga RM209.82. Masih lagi ok la harga tu. Waktu public holiday pulak tu. Kali ni dapat bilik level 2. Bilik dan kemudahan semua sama je dengan kali pertama menginap di Le’venue dulu.
Check in 5pm pada 1 Mei selepas siap lunch di Nandos IOI Mall dan shopping. Proses check in sangat mudah. Takde deposit diperlukan. Cuma bagi IC je nanti receptionist akan check booking kita. Sementara check in tu Faiz settle untuk vallet parking di depan hotel RM20 sehari dari mula check in sampai check out. Parking free ada tapi jauh sikit. Faiz malas nak menapak jauh so bayar jela.
Masuk bilik terus beristirehat jela. Takde plan ke mana-mana. Masa tu hujan lebat. Waktu kami sampai pun dah hujan. Tu yang takde apa-apa plan. Cuma keluar dinner selepas solat Maghrib. Tu nanti Cie share entri lain pulak.
Tengok gambar jela takde apa dah nak cerita pasal hotel. 2 kali stay ni kira selesa la. Cuma kami tak ambil juga breakfast kali ni. Macam tak berbaloi nak ambil. Nanti makan sikit lepas tu lunch nak food hunting lagi. So Cie decide check out 11am 2 Mei tu terus cari kedai makan lunch. Faiz belikan roti je untuk anak-anak dia. Kami berdua tak makan. Kira IF jela. Tu pun nanti Cie cerita entri yang lain.





0 Ulasan
Terima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.