Kali Kedua Menginap Di Le’Venue Hotel Bangi

Last minute plan nak bercuti masa cuti hari pekerja yang lepas. Alkisahnya mula-mula tu just nak pergi balik hari je. Kiranya sama ada pergi hari Jumaat atau Sabtu je. Lepas tu Faiz cakap try la cari hotel stay 1 malam.

Cie pun cari la area Bangi Putrajaya. Yang bilik available sesuai dengan budget dan size bilik untuk kami 4 beranak di Le’Venue Hotel yang kami pernah stay hujung tahun lepas kalau tak silap. Cie terus booking 30 April tu untuk check in 1 Mei. Memang rezeki la ada jugak bilik.

Harganya lebih sikit dari yang kali pertama kami stay tu. Kali ni dapat harga RM209.82. Masih lagi ok la harga tu. Waktu public holiday pulak tu. Kali ni dapat bilik level 2. Bilik dan kemudahan semua sama je dengan kali pertama menginap di Le’venue dulu.

Check in 5pm pada 1 Mei selepas siap lunch di Nandos IOI Mall dan shopping. Proses check in sangat mudah. Takde deposit diperlukan. Cuma bagi IC je nanti receptionist akan check booking kita. Sementara check in tu Faiz settle untuk vallet parking di depan hotel RM20 sehari dari mula check in sampai check out. Parking free ada tapi jauh sikit. Faiz malas nak menapak jauh so bayar jela.

Masuk bilik terus beristirehat jela. Takde plan ke mana-mana. Masa tu hujan lebat. Waktu kami sampai pun dah hujan. Tu yang takde apa-apa plan. Cuma keluar dinner selepas solat Maghrib. Tu nanti Cie share entri lain pulak. 

Tengok gambar jela takde apa dah nak cerita pasal hotel. 2 kali stay ni kira selesa la. Cuma kami tak ambil juga breakfast kali ni. Macam tak berbaloi nak ambil. Nanti makan sikit lepas tu lunch nak food hunting lagi. So Cie decide check out 11am 2 Mei tu terus cari kedai makan lunch. Faiz belikan roti je untuk anak-anak dia. Kami berdua tak makan. Kira IF jela. Tu pun nanti Cie cerita entri yang lain.















Upload banyak-banyak gambar jadi tak tersusun la kedudukannya. Tengok jela ye. Macam biasa hari terakhir stay kat hotel memang kena ambil family portrait dulu. Cie memang bawak tripod ke mana-mana. Senang pacak nak bergambar.





Upload sikit jela. Kalau ikutkan banyak betul gambar. Masa malam balik dari dinner pun ada bergambar jugak kat area depan hotel tu. Hotel ni macam dalam area ada banyak-banyak restoran. Sederet hotel tu ada western food, japanese food, kedai aiskrim, thai cuisine, chinese food dan macam-macam restoran la. Cuma belum pernah try makan di situ. Kat Bangi Avenue tu ada kedai dimsum juga.



Catat Ulasan

19 Ulasan

  1. Wahhh...best dok hotell...cikbunga macam dah lama tak pi hotell 🌹🌹

    BalasPadam
  2. Nampak selesa dan bersih bilik hotel tu. Rate untuk PH dan last minute booking pun berpatutan 😃

    BalasPadam
  3. kalau dah 2 kali tu maknanya memang selesa laa hotel ni utk menginap👍

    BalasPadam
  4. sgt ok ratenya sbb double bed tu ada dua so cukup utk 4 pax!

    BalasPadam
  5. Elok hotelnya. Siap ada sofa. Lokasi pun bagus.

    BalasPadam
  6. Harga biliknya kira murah la kan sebab bilik tu nampak agak luas dan lengkap sofa, masa cuti umum pulak tu. Jadi takpelah bayar lebih sikit untuk parking yang mudah.

    BalasPadam
  7. Hotel ni kat rumah adik bongsu akak.. yang ada banyak kondo area star grocer..ingat kan Cie Pi Bangi Wonderland tu jugak...akak hari2 lalu area sini keluar Highway ke Nilai dari Kajang..memang ikut jalan dalam...pergi balik lalu area hotel ni...pasaraya CS tu yang akak suka pergi tu...perasan x?

    BalasPadam
  8. Ni mesti tripod yang boleh lipat masuk beg tu kan?

    BalasPadam
  9. Upload gambar banyak2 pun takpe, kita suka tengok sharing kawan2 blogger. Tumpang seronok 👍👍

    BalasPadam
  10. short vacation mcm ni pun seronok =D

    BalasPadam
  11. Makin banyak tau hotel2 di Bangi, thanks for sharing Cie.

    BalasPadam
  12. senang hotel yang dekat dengan kemudahan nak makan ni...tak payah nak start kete pegi jauh2

    BalasPadam
  13. Kat mana pulak hotelnya ni? Area Bangi Avenur Convention Center ke Cie?

    BalasPadam
  14. Waah rajin kakak bawa tripod yaaa. Saya tak pernah, suami yg kadang bawa, kadang tak. Tp untuk rekam video biasanya.

    Kalau hotel dah lebih dari sekali diinapi, berarti memang nyaman dan dah cocok sangat kan . Lihat dr fotopun kliatan hotel ini bersih dan sesuai utk keluarga.

    Saya pun akhir2 ini tiap ke Malaysia pasti memilih hotel2 under Marriot bonvoy selalu, sebab member kan. JD kadang berulang juga hotel yg diinapi. Yg penting supaya dapat poin dari aplikasinya 😅🤭

    BalasPadam
  15. Not badlah hotel dia.. Boleh Sha usha juga nanti.. Kotlah nak cuti-cuti pendek kan..

    BalasPadam
  16. Nampak selesa bilik tu. harga pun ok

    BalasPadam
  17. Nampak selesa bilik tu. harga pun ok

    BalasPadam
  18. Kalau dekat hotel ada Macam2 best tak payah pi jauh cari makan

    BalasPadam
  19. ruang bilik luas jugak tu. biasalah rate harga PH, weekend selalu berubah-ubah kan

    BalasPadam

Terima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.