Sis Carneyz mintak resipi gulai masam tempoyak ayam ni. Kat kampung Cie kami memang panggil gulai masam. Kalau pure loghat kampung tu kita sebut gulei masang. Boleh buat ikan sungai, ikan laut, ayam dan haiwan-haiwan lain yang boleh dimakan. Bahannya pun berbeza la ikut orang.
Kalau style Cie masak berbeza tak sama setiap kali masak tu ikut bahan apa yang ada. Kak Long dan Kak Ngah pakar buat gulai masam ni. Cie ni sejak anak-anak masa kecik suka makan berkuah tu la baru mula berjinak masak gulai masam. Kalau tak memang Cie tak pandai.
Resipi Gulai Masam Tempoyak Ayam
Bahan-bahan:
5-6 ketul ayam
2 biji cili padi merah tumbuk (ikut tahap kepedasan sendiri)
2 sudu besar tempoyak
1/2 sudu teh serbuk kunyit (boleh guna kunyit hidup tumbuk kalau ada)
Daun kesum (kalau takde pun takpe)
Belimbing buluh belah 2 (kalau ada)
Garam dan perasa secukup rasa
Air separas ayam
Cara Membuat:
- Cie biasanya akan rebus dulu ayam tu sampai masak. Guna air separas ayam tu. Sampai takdela darah-darah ayam tu keluar. Kalau air dah mengering tambah je lagi.
- Lepas tu Cie masukkan tempoyak, cili padi, daun kesum, garam, perasa.
- Akhir sekali baru masukkan belimbing tu. Cie guna belimbing frozen dah lembik bila nyahbeku tu yang masuk last.
Ni jela cara Cie. Cara orang lain mungkin berbeza la. Kakak-kakak Cie pulak biasanya mereka masukkan semua bahan je sekali lepas tu biar je sampai mendidih dan masak. Pun boleh jugak. Akan jadi je jangan risau.
Semoga sis Carneyz dapat la mencuba resipi ni ye. Jangan lupa share nanti kalau dah jadi buat ye. Next nanti nak share resipi ikan rebus pulak request dari kak SA.



18 Ulasan
Mekasih share resepi ni, Cie. Boleh try nanti. Sedap, sebab letak tempoyak.
BalasPadamTry ye nanti share.
PadamNi first time dengar gulai masam. Pernah makan gulai tempoyak je.
BalasPadamMakanan yang sama cuma gelaran berbeza. Dalam entri ada diceritakan. Hihi. Gulai tempoyak la tu. Kami panggil gulai masam. Orang luar je panggil gulai tempoyak.
PadamFirst time KSarie dengar pasal menu ni. Masam sebab letak tempoyak dan belimbing buloh ye. Semoga ada rezeki hendak rasa menu ni satu hari nanti
BalasPadamKalau musim belimbing baru letak. Biasanya tak letak pun. Memang kami panggil gulai masam. Orang luar je panggil masak tempoyak.
PadamUntung la Carneyz!
BalasPadamSaya sukaaa tempoyak, tp kalau buat, memang tak boleh lah 🤣🤣. Bisa makannya saja 😅😅. Pertama kali coba tempoyak Malaysia di Ipoh. Sedaap.
BalasPadamBeda dengan tempoyak Indonesia. Tp saya suka 2-2 nya. Beda rasa , tp masih sesuai dengan selera saya
Sedapnya tempoyakk.. duk skrol Shopee mencari tempoyak. Nak beli RTE teruih
BalasPadamBelimbing buluh yg buat sedap tu
BalasPadamOo takyah bubuh santan eh.. kalau patin tempoyak tu pun sama lah ya tak bubuh santan.
BalasPadamBuh santan tu bukan resipi Pahang. Pure Pahang takde santan.
PadamSedap ni... Akk nak kena cari tempoyak dulu le... Takde stok tempoyak :)
BalasPadamboleh cuba, tanpa tempoyak.. agaka2 sedap tak? hihihi....kita tak makan tempoyak
BalasPadamBoleh cuba nanti ni...
BalasPadamMZ tak mkn tempoyak. suka jer apa2 masakan gulai tapi without tempoyak la :) MZ mkn durian fresh jer hahahah
BalasPadamTQ Cie dah share resipi! 🫶🏻 malam smlm dah buat lauk ayam masak kicap, jadi Insha Allah malam esok repeat lauk ayam tapi nak buat resipi Cie ni pulak 😄 Malam ni igt nak buat menu udang. Nanti godek2 blog Cie utk resipi udang pulak hehe
BalasPadamSerius x pernah mkn ayam masak tempoyak ni. Nnt gi lipis sy roger cie nak singgah drop by amik sebekas bleh? Hahaha
BalasPadamTerima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.