Resipi Gulai Masam Tempoyak Ayam

Cie ni ada masa masak memang ikut dan je letak bahan dan memang takde sukatan. Tu yang macam bila masa takde letak resipi sekali. Tak sangka pulak sisters blogger ni ada request nak resipi. Hihi


Sis Carneyz mintak resipi gulai masam tempoyak ayam ni. Kat kampung Cie kami memang panggil gulai masam. Kalau pure loghat kampung tu kita sebut gulei masang. Boleh buat ikan sungai, ikan laut, ayam dan haiwan-haiwan lain yang boleh dimakan. Bahannya pun berbeza la ikut orang. 


Kalau style Cie masak berbeza tak sama setiap kali masak tu ikut bahan apa yang ada. Kak Long dan Kak Ngah pakar buat gulai masam ni. Cie ni sejak anak-anak masa kecik suka makan berkuah tu la baru mula berjinak masak gulai masam. Kalau tak memang Cie tak pandai. 

Resipi Gulai Masam Tempoyak Ayam

Bahan-bahan:

5-6 ketul ayam 
2 biji cili padi merah tumbuk (ikut tahap kepedasan sendiri)
2 sudu besar tempoyak
1/2 sudu teh serbuk kunyit (boleh guna kunyit hidup tumbuk kalau ada)
Daun kesum (kalau takde pun takpe)
Belimbing buluh belah 2 (kalau ada)
Garam dan perasa secukup rasa
Air separas ayam

Cara Membuat:

  1. Cie biasanya akan rebus dulu ayam tu sampai masak. Guna air separas ayam tu. Sampai takdela darah-darah ayam tu keluar. Kalau air dah mengering tambah je lagi.
  2. Lepas tu Cie masukkan tempoyak, cili padi, daun kesum, garam, perasa.
  3. Akhir sekali baru masukkan belimbing tu. Cie guna belimbing frozen dah lembik bila nyahbeku tu yang masuk last.
Ni jela cara Cie. Cara orang lain mungkin berbeza la. Kakak-kakak Cie pulak biasanya mereka masukkan semua bahan je sekali lepas tu biar je sampai mendidih dan masak. Pun boleh jugak. Akan jadi je jangan risau.

Semoga sis Carneyz dapat la mencuba resipi ni ye. Jangan lupa share nanti kalau dah jadi buat ye. Next nanti nak share resipi ikan rebus pulak request dari kak SA.


Catat Ulasan

18 Ulasan

  1. Mekasih share resepi ni, Cie. Boleh try nanti. Sedap, sebab letak tempoyak.

    BalasPadam
  2. Ni first time dengar gulai masam. Pernah makan gulai tempoyak je.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Makanan yang sama cuma gelaran berbeza. Dalam entri ada diceritakan. Hihi. Gulai tempoyak la tu. Kami panggil gulai masam. Orang luar je panggil gulai tempoyak.

      Padam
  3. First time KSarie dengar pasal menu ni. Masam sebab letak tempoyak dan belimbing buloh ye. Semoga ada rezeki hendak rasa menu ni satu hari nanti

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau musim belimbing baru letak. Biasanya tak letak pun. Memang kami panggil gulai masam. Orang luar je panggil masak tempoyak.

      Padam
  4. Saya sukaaa tempoyak, tp kalau buat, memang tak boleh lah 🤣🤣. Bisa makannya saja 😅😅. Pertama kali coba tempoyak Malaysia di Ipoh. Sedaap.

    Beda dengan tempoyak Indonesia. Tp saya suka 2-2 nya. Beda rasa , tp masih sesuai dengan selera saya

    BalasPadam
  5. Sedapnya tempoyakk.. duk skrol Shopee mencari tempoyak. Nak beli RTE teruih

    BalasPadam
  6. Belimbing buluh yg buat sedap tu

    BalasPadam
  7. Oo takyah bubuh santan eh.. kalau patin tempoyak tu pun sama lah ya tak bubuh santan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Buh santan tu bukan resipi Pahang. Pure Pahang takde santan.

      Padam
  8. Sedap ni... Akk nak kena cari tempoyak dulu le... Takde stok tempoyak :)

    BalasPadam
  9. boleh cuba, tanpa tempoyak.. agaka2 sedap tak? hihihi....kita tak makan tempoyak

    BalasPadam
  10. MZ tak mkn tempoyak. suka jer apa2 masakan gulai tapi without tempoyak la :) MZ mkn durian fresh jer hahahah

    BalasPadam
  11. TQ Cie dah share resipi! 🫶🏻 malam smlm dah buat lauk ayam masak kicap, jadi Insha Allah malam esok repeat lauk ayam tapi nak buat resipi Cie ni pulak 😄 Malam ni igt nak buat menu udang. Nanti godek2 blog Cie utk resipi udang pulak hehe

    BalasPadam
  12. Serius x pernah mkn ayam masak tempoyak ni. Nnt gi lipis sy roger cie nak singgah drop by amik sebekas bleh? Hahaha

    BalasPadam

Terima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.